May 17, 2009

Datuk Husam Bemuqabalah dengan Tengku Razaleigh

"Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Husam berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi, bukan atas parti.

"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti. "

Begitulah sedutan berita yang menceritakan suatu pertemuan antara Ketua bahagian Umno Kelantan dan Naib Presiden PAS.


Pertemuan itu atas kapasiti peribadi, agak atak faham sikit saya, atas kapasiti pribadi mestilah bincang bab-bab pribadi kut.Contohnya bab jualbeli rumah ke bab jual beli kenderaan ke, atau juga mungkin bab nikah kawin anak beranak.

Tetapi yang jelas nya Husan bertemu Ku li adalah untuk tujuan menasihati Najib Razak membubarkan Dun Perak.

Inilah hebatnya Husam Musa, beliau boleh bertindak secara pribadi dan sendiri-sendiri dalam urusan parti, beliau tidak perlu mendapat restu jamaah, sebab pertemuan tersebut atas urusan pribadi.

Nasib sungguh baik kerana pertemuan ini oleh Husam dan bukanya Nasaruddin Mat Isa.Kalau seandainya pertemuan ini oleh Nasaruddin Mat Isa, sudah pasti ianya riuh seluruh Malaysia akan dijadiakan isu besar untuk men nyahkan nasaruddin dari kerusi Timbalan Presiden.



Blogger yang "gila-gila" serta yang sewaktu denganya akan menjadikan topik utama dalam tulisan masing-masing.Entah apa yang dituduh, walaupun mungkin atas alasan Dun Perak, mungkin itu adalah alasan sahaja, sudah tentu Nasaruddin ada agenda tersendiri,agenda pribadi , agenda untuk masuk umno, agenda gila jawatan .

Namun bagi Husam beliau pemimpin yang hebat.Dia boleh buat apa sahaja.Dia boleh ambil tugas presiden samatelah lagi tugas timbalan presiden yang beliau akan lawan Jun nanti.


Saya sendiri tertanya, siapa yang memilih Husam untuk mengadap Tengku Razaleigh? diri sendiri yang pilih ke? Jamaah dalam Jamaah ke yang memutuskan supaya Husam mengadap Ku Li?Atau sememangnya Husam ada autoriti yang besar boleh terus membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu PAS Pusat.

Lalu digunakanlah alasan ini untuk melepaskan dan menghalalkan tindakan"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.

Kalau lah Nasaruddin Mat Isa bertemu Hishamuddin atau Nazri Aziz, walaupun digunakan alasan yang sama sudah tentulah blogger yang berada diluar negara , dulu di Timur Tengah dan kini Di Jakarta akan menggunakan kesempatan ini untuk kempen Bagi jatuhkan Nasaruddin dalam muktamar nanti.

Malang sungguh orang yang bernama Nasaruddin mat Isa, langkah beliau dilihat tempang, semua gerakgeri beliau umno, tindakan beliau dikatakan tindakan umno, malah tidur Nasaruddin Mat Isa dikatakan tidur Umno, ucapan beliau ucapan Umno, suara beliau bermelodikan umno.

Nasib baik sungguh orang bergelar Husam Musa, semua perbuatan beliau adalah amalan soleh, tindakan beliau mengikut syarie, suara beliau mengatasi ulama' tafsiran beliau mengatasi tafsiran ulama'..kata-kata beliau kata-kata keramat.Semua baik-baik berlaka.Langkah beliau penuh tawadduk, jalan sentiasa tunduk,itulah Husam bin Musa.


Memang dan patutlah beliau beriya-iya untuk merebut jawatan timbalan Presiden, beliau ada kelas, beliau tidak bermuqabalah umno, beliau tidak berminat langsung dengan umno, pintu rundingan dengan umno tiada langsung sebab umno musuh PAS.

Dengan kehebatan ini saya juga berfikir kelas dan taraf Husam ini adalah taraf Presiden, halatuju Haji Hadi tidak jelas, halatuju Husam lagi jelas dan berwawasan, Husam sepatutnya dicalon sebagai Presiden dalam muktamar nanti.Husam sangat layak menjadi Presiden.Beliau ada Karisma, keterampilan, hebat, isteri pun sama dengan Haji Hadi.

Langkah Husam, langkah Presiden, ideal Husam adalah Ideal Presiden, dalam mensyuarat beliau merupakan AJK yang sangat memberi tumpuan kepada mesyuarat, setiap bait minit mesyuarat diamati satu persatu-persatu.Tidak seperti sesetengah AJK yang kadangkala membawa masuk akhbar dan majalah kedalam bilik mesyuarat, tidak cukup dengan Harakah dan siasah, majalah Time pun dibawa masuk.

Itulah Husam pemimpin yang sangat bersih, barangsiapa yang ingin mempertikai kewibawaan Husam Musa, berdosa besarlah ia.Barang siapa yang menentang Husam sesungguhnya telah derhaka kepada Jamaah.
Husam ada kehebatan tersendiri, sudah tentu lah nanti sekiranya Tok guru keuzuran di hari jumaat, Husam akan mengambil alih tempat beliau untuk menyampaikan kuliah Jumaat.

Sudah tentu juga apabila beliau berjawatan Presiden atau timbalan beliau akan hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama' dan ketika itu pastinya terserlah kehebatan yang terpendam selama ini, beliau pasti akan berhujah menggunakan Quraan dan Hadith didalam bersyura kerana syura itu adalah syura para ulama' berlaka.

Begitulah istimewa dan hebatnya seorang insan yang beranama Husam bin Musa

Dan begitulah juga malang dan buruknya manusia yang bernama Nasaruddin Mat Isa.

2 comments:

undilah saya said...

saya punya rumah harga juta2, saya juga punya merc kompressor,saya juga punya 4 wheel drive,saya juga boleh cakap 3 bahasa,saya juga bukan mee celup,saya tak main benda kecil2 sprti bagi baju dan makan..itu low class,org main balak ooo..saya tidak jumpa UMNO bincang pasal jawatan, eh tersilap,saya jumpa la, pehal la ko pal lah bocorkan rahsia kita..saya anti baju petak2, saya sokong untuk menteri pendidikan dan kewangan..

Keling Melayu said...

Itu lah kehebatan Husam Musa, boleh mengarahkan Pemuda Kelantan melantik adik beliau sebagai SU DPP Kelantan dan PA beliau sebagai Ketua Penerangan DPP Kelantan. Hebat sungguh hebat seni politik ini.Menarik sekali.