Feb 8, 2010

Usaha Dakwah mesti diteruskan kepada Umno/BN


Sehari dua ini heboh pula isu muzakarah dengan umno, walaupun sebelum ini telah hangat diperbincangkan sehingga ada saranan dari Mursyidul Am supaya PAS mengadakan EGM untuk memilih semula pimpinan nya.

Isu ini timbul kembali dan idea ini pula dicetuskan oleh Mursyidul Am sendiri, Alhamdulillah, Tok Guru Mursyidul Am tentulah lebih berilmu dari diri ini.Kemudian kenyataan TGNA ini disambut baik oleh TGHH yang selama ini memang diketahui umum telah membuka ruang berbincang dengan sesiapa sahaja termasuk Umno/BN.

Kalau kita kembali menghayati Mukatamar ke 54 dan Muktamar ke-55, antara intipati penting yang telah disepakati adalah seperti berikut " PAS mengambil keputusan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan dimasa yang sama membuka peluang dan ruang untuk berbincang dengan mana-mana parti politik"

Dari intipati diatas perkara penting tersebut boleh berjalan secara beriringan.

Perlu kita faham dan ingat, kehadiran Tengku Razaleigh didalam program munajat rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV Kota Bharu tempohhari juga adalah hasil perbincangan. Tidak kiralah siapa yang menjalankan tugas perbincangan tersebut. Saya amat yakin wakil Kerajaan Kelantan yang mengadakan berpincangan itu. Wakil kerajaan sudah tentu Adun atau Exco dari PAS. Tak Mungkin rasanya ADUN dari PKR.

Tengku Razaleigh adalah ahli Parlimen Umno/BN, disitu pun telah berlaku perbincangan antara PAS dan Umno? Betul ? Walaupun sebelum itu ada suara nakal dari bekas exco Pemuda PAS Kelantan yang memarahi Presiden PAS mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh dengan alasan ahli Parlimen Gua Musang itulah yang mengkhianati kerajaan Kelantan dengan mengeluarkan S46 dan Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah. Rakyat Kelantan sangat matang dalam politik, mereka tidak berdendam, itu ilmu yang diajar oleh TGNA. Mereka datang berduyung-duyung memenuhi stadium malam itu.

Kalau mereka mengambil kira kenyataan dari bekas exco pemuda PAS Kelantan itu, sudah tentu mereka tidak hadir kerana Ku Li ada pengkhinat kerajaan APU. Mereka tidak berdendam.

Kembali semula kepada topik perbincangan antara PAS dan Umno. Kita semua tahu yang mereka yang berada didalam umno itu sakit. Siapa lagi yang hendak diserahkan amanah untuk mendapingi mengubati mereka, mendakwah mereka, menjelaskan kepada mereka, memberi ubat kepada mereka supaya mereka sembuh dan menerima ubat Islam yang kita jual.

Apakah kita mengharapkan mereka terus mendapat hidayah tanpa perlu kita berusaha memahamkan mereka ? betul kita yakin hidayah itu adalah anugerah Allah, tapi mana usaha kita? Usaha dakwah kita ? Apa kah kita yakin mereka akan mendapat hidayah dengan memaki dan mengherdik mereka ?

Kita juga masih mengharap undi-undi mereka bukan ? sudah tentulah antara usaha untuk mendapatkan undi itu mesti mendapingi mereka untuk menjelaskan kepada mereka tentang keadilan Islam itu.

Seperkara lagi yang menjadi agenda penting yang mungkin terabai ialah sejauhmana pula kita berusaha memafamkan rakan-rakan kita dari PR tentang kesyumulan Islam itu ? mereka sudah datang bersama kita, ayuh jangan biarkan mereka begitu sahaja. Ini juga tanggungjawab kita ( memperkukuhkan PR)


Tiada jalan pintas dalam gerakan Islam

" Demi masa sesunggunya manusia berada didalam kerugian, kecuali mereka-mereka yang berpesan memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran"

Yakinlah usaha pesan memesan ini sudah semesti akan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.N.T

Saya tertarik dengan satu komen pengunjung didalam blog ini seketika isu ini hangat diperkatakan dulu.Ianya berbunyi begini :

"Saya adalah tukang kempen bawahan yang berjalan dari rumah ke rumah. Apa kah saya hanya perlu menuju kerumah PR sahaja untuk mendapatkan undi? saya terpaksa kerumah Umno/BN untuk menambahkan undi bagi PR. Ceramah mereka tak pergi.Inilah cara terbaik bagi saya untuk menjelaskan kpd mereka. Saya berbincang dgn mereka, mak Bapak tak ikut tak apa, mungkin anak atau menantu dapat hidayah. Dan Saya yakin walaupun semua tak ikut, Insya'Allah ada ganjaran pahala dakwah disitu."

Wallahu'aklam

2 comments:

Anonymous said...

dakwah ke puak2 PAS dulu la... ramai lagi hat sesat tu... cuba tengok hat judi di kampung2 kebanyakkannya orang PAS.. hat sombong pun memang orang PAS.. payoh nak senyum ke orang...

penawarrindu said...

Maaf lah Lebai Mangkok Hayung, Kelantan....anda menulis tanpa fakta...