Feb 14, 2010

Takziah Buat Keluarga Tok Guru.


Al-fatehah untuk Hajah Aishah Awang adik kepada Presiden PAS yang meninggal dunia di hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

Beliau yang mengalami penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sejak beberapa tahun lalu sering berulang-alik ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan susulan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di sisi adindanya itu ketika menghembuskan nafas terakhir.

Semasa hayat, allahyarhamuha pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu [1989-1991] dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Jenazah beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Rusila, selepas solat jenazah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri dan turut disertai Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau masih mampu hadir ke Konvensyen Muslimat PAS Terengganu minggu lepas walaupun kelihatan sangat uzur.
Sumber foto : trgkini

No comments: