Feb 5, 2010

Terima lah keputusan Lembaga Disiplin Parti.

Seminggu sudah lembaga disiplin parti membuat keputusan keatas Pesuruhjaya Pas Selangor Datok Hasan Ali dan YDP Shah Alam YB Haji Khalid Samad.

Suara-suara yang tidak puashati terus menerus mengerisik. Tidak cukup dengan kata-kata disambung pula melalui email dan sms.

Tiada pimpinan tinggi PAS yang memberi alasan. Ini kerana mereka faham dengan tugas Jawatankuasa tersebut. Mereka boleh menerima. Tanggujawab telah diberikan kepada JK tersebut. Kalau tidak yakin dan tidak percaya, masa kan tanggujawab tersebut diserahkan kepada mereka.

Tuan empunya diri yang menrima hukuman menampakkan kematangan didalam menerima keputusan. Syabas kepada YB Hasan dan YB Khalid. Saya merasa amat yakin sekiranya YB Khalid membuat rayuan, rayuan tersebut diterima dan mungkin pergantungan beliau dipendekkan kepada tiga bulan sahaja.

Itulah silapnya kita manusia, mereka-mereka yang tidak puashati hanya akan merasa puas apabila keputusan tersebut selari dengan kemahuan dan kehendak mereka. Mereka ini membuat andaian semata-mata, sedangkan JK tersebut telah membuat penyiasatan, penyiasatan pula dikalangan yang lain, yang menjatuhkan adalah JK ini.

Kepada yang masih tidak puashati bertenanglah sejenak, sedangkan orang yang menerima hukuman tidak lah bertidak seperti anda.

Saya tertarik dengan kata-kata Dato' Tuan Ibarahim Tuan Man "KALAU KITA TIDAK BOLEH MEMBATU JAMAAH PUN, JANGANLAH PULA KITA MENYUSAHKAN JAMAAH"

Terimalah seadanya.

5 comments:

Anonymous said...

Siapa kata org yg menerima keputusan adalah tidak seperti anda???? Sila baca blog YB Khalid Samad, sudah tentu anda akan memberikan komen yg berlainan... Mals nak cakap, tapi nampak bias sangat. Org yg merosakkan Pakatan Rakyat tidak dihukum dengan setimpalnya. Org yg dedah rahsia parti kepada blogger UMNO tak pula dikenakan tindakan... apalah nak jadiiii... Komen AJK Pemuda PAS Pusat dibakulsampahkan konon2 tak ikut saluran.

joe penang said...

Kami yg x setuju dikatakan menyusahkan? Padahal terang2 hukuman tu tidak adil! Memang jelas ada rundingan dakam gelap..

Memang kami terima. Namun tetap tak puas hati. Sekali pandang nampak jd cam UMNO plak. Yg atas terlepas wp jelas bersalah. Yg melaporkan plak kena. dari segi ni UMNO=PAS?

K.R said...
This comment has been removed by the author.
K.R said...

em...ramai dilihat apabila mereka yg berada dalam pas (seperti anda)selalu mengatakan org lain ni buruk..walhal buruk sendiri tak nampak..anda TAKSUB!!!

Anonymous said...

salam puan...
cukup saya katakan hukuman ni berpihak..nampak sangat ketidakadilan...nmpknya tak ada beza langsung dgn UMNO yg kita kutuk slama ni...same jer..saya tak puas hati. Saya cadangkan buang saje Tuan Ibrahim dari Lembaga Disiplin..