Debaran menanti keputusan siapakah yang berhak menjadi MB Perak semakin terasa menjelang keputusan mahkamah pada 9 Feb. nanti.
Ramai mengharapkan agar YB Nizal kembali mendapatkan haknya sebagai MB Perak yang sah selepas setahun beliau disingkirkan dengan cara amat mendukacita dan tidak bermaruah oleh BN.
Namun seandainya ditakdirkan nanti, YB Nizal dapat kembali jawatan MB, saya kurang bersetuju dengan cadangan beliau untuk terus membubarkan DUN Perak.
YB Nizal perlu mendapat persetujuan pimpinan tertinggi PR sebelum membuat sebarang keputusan untuk membubarkan DUN Perak.
Perlu diingat bahawa sudah setahun BN menodai negeri Perak, sudah semestinya pelbagai agenda telah dilaksanakan. Oleh itu PR Perak terlebih dahulu menuteralkan semula segala agenda yang terlaksana dan memastikan swing yang dilakukan oleh BN dibetulkan semula supaya mengembalikan semula sokongan kepada PR.
PR Perak perlu mengkaji semula jumlah pengundi baru yang telah dibawa masuk oleh BN ke negeri Perak.
PR Perak juga menyusun semula agenda untuk menawan hati rakyat.
Selepas program untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan, selepas mematahkan dakwaan jahat BN sebelum ini, selepas sudah dipastikan bahawa rakyat sememangnya selama ini ditipu BN maka saat itu bolehlah rasanya PR Perak mengira-ngira untuk mengembalikan semula amanah ini kepada rakyat untuk membuat pilihan kerajaan yang baru.
No comments:
Post a Comment