Feb 8, 2010

Presiden : Selamat Datang ke Hulu Terengganu.

Petang semalam menerima sms dari kawan sekolah " Tok mari rasmi surau kg nibung 9.2, kuliah maghrib" sebarkan.

Saya cuba mendapat pengesahan dari beberapa teman yang lain di Kuala Berang. Sah memangnya tok guru akan datang merasmikan surau Kg Nibung dalam Dun Telemung di Hulu Terengganu.

Tok Guru dijadualkan akan menyampaikan kuliah Maghrib dan seterusnya akan merasmikan surau kg Nibung, Hulu Terengganu.

Kalau tidak silap ingatan saya, Kg Nibung ini boleh dilalui ikut sekolah menengah Matang. Jarak nya dari Kuala Berang lebih kurang 7-8 batu sahaja.

Selamat Datang Tok Guru Presiden Ke Dun Telemung, semoga menjana ssemangat baru bagi DUN Terelung dan Parlimen Hulu Terengganu.

1 comment:

Childproofing Sparks said...

Greaat post thank you