Feb 11, 2010

NILAI SEBUAH KUASA : Menghabiskan Khazanah Negeri

(Dikirim melalui email)

TERENGGANU terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil mahsulnya,termasuk petroleum,balak,emas,bijih besi(suatu ketika dulu) dan tidak kurang pula kaya dengan produk pelancongannya.WALHASILNYA daripada yang kaya-kaya itu balak pula yang menjadi modal cepat kaya bagi orang selama ini berangan-angan mahu celebrate kehidupan ini bagaikan 'orang kaya gila',bagaikan selebriti Hollywood dan Bollywood,berbelanja dan menonjolkan kehidupan sementara bagaikan billionair dunia,Bill Gate,Sultan Hassanal Bolkiah,Warren Buffett,Roman Abramovich,Raja-Raja Arab ataupun setidak-tidaknya gaya Tiger Woods.


ITULAH GAMBARAN HIDUP ATAU PERASAN HIDUPBILLIONAIR BALAK TERENGGANU SEKARANG.
Apakan tidak kalau DULU memandu Proton Saga Iswara ataupun habis kuat Mercedes Benz E230(Recond) KINI bergaya dalam Mercedes Benz CLS 350,BMW dan segala macam kereta mewah versi terbaru tahun 2009,2010 ataupun mungkin dah berangan-angan untuk booking terus kereta model 2020 akan datang.Itulah kekayaan hasil durian runtuh bermodelkan syarikat RM2,sekeping dua kertas permohonan ke Pejabat MB dan selepas itu air liur jaminan MB Terengganu akan terus kekal di dalam tangan Ahmad Said sekurang-kurang bagi sepanjang penggal ini.


MAKA ramailah bekas-bekas wakil rakyat ataupun ahli-ahli Mubarak 'menete'(approach)Ahmad Said memberi 'sokongan' sambil menyalahkan kepimpinan terdahulu(modal biasa dan tindakan yang sama bila 'MB baru ditabalkan'.Kalau semasa Wan Mokhtar menyalahkan Ibrahim Fikri,semasa Idris menyalahkan Wan Mokhtar,semasa Ahmad Said menyalahkan Idris,dan selepas ini siapa pula....?).Setengah tu semasa Wan Mokhtar dialah membaham segalanya,semasa Idris dialah yang merongkol(lebihkurang samalah dengan baham)semuanya,dan semasa Ahmad Said,bukan sahaja dia terus menikmati apa yang tak akan habis-habis tujuh keturunan menikmati kekayaan yang dibolot semasa menjadi exco di zaman Wan Mokhtar,ditambah pula kekayaan baru termasuk kapal-kapal laut yang menghantar bekalan ke pelantar minyak yang diMBO selain daripada menjadi ALP dalam anak sykt Kerajaan Negeri seperti TDM Bhd dll semasa zaman Idris,malah kini menerajui sykt apa nama Dasar Bahagia menikmati hasil balak beribu-ribu ekar.Ada pula ahli Mubarak yang' dicampak' projek runding terus bagi menutup mulut supaya jangan terus-menerus cerita kelemahan kepimpinan.Setengah Mubarak pula diberi jawatan ALP sykt tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur biarpun latarbelakang hanya guru sekolah darjah 6 yang tidak tahu langsung berbahasa Inggeris(barangkali minit mesyuarat syarikatpun suruh anak terjemah)perlu menghadiri mesyuarat syarikat yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris.Biarlah apa sahaja lagipun syarikat bukan syarikat aku,kalau mampus atau gulung tikarpun bukan aku yang mampus atau gulung tikar.APAPUN YANG PENTING MEREKA AKAN COVER AKU.Kalau siapa sahaja cerita pasal aku,pastikan mereka akan kata aku kuat dan ramai sokongan.


SIAPA YANG DIFIKIRKAN DAN DIRASAKAN RAPAT DENGAN ISTANA?
Mereka mesti diberi balak.Hatta kalau selama ini hanya menjarah rumah ke rumah mengajar anak orang mengaji Quran perlu ubah imej menjadi jutawan balak.Kalau selama ini hanya tahu jaga kuda,perlu ubah imej menjadi jutawan balak.Pada masa yang sama,orang kanan akupun mesti menjadi multi millionaire balak.


SIAPA DIFIKIRKAN RAPAT DENGAN PM?
Opps orang yang ada kaitan dengan bekas PMpun penting juga.Kita kena bagi balak air.Kalau orang yang kita fikir kanan dengan PM sekarang?Perlu juga diberi balak.Ehhh.........kalau fikir pasal balak ni tak pernah habis ceritanya.Semua mahu balak.Betul lah pesan orang tua-tua, "balak ni, bunag 'k' jadi bala!!!!!!!"Tengok apa yang berlaku di Kelantan.Kerajaan Negeri diperintah Mahkamah bayar RM800 juta kepada Sykt Timberlane.Kes yang sama dihadapi oleh Kerajaan Terengganu sekarang di mana Sykt Riya Padu Holdings menyaman Kerajaan Negeri dan menuntut RM1 billion.Aaah..pedulikan tuntutan berapa banyak?Kalau kena bayarpun bukan duit aku!!!Aku tetap jadi MB asalkan orang boleh cerita baik-baik pasal aku di istana dan di hadapan Perdana Menteri.Hishammuddin???..........aah tak kisah.Asalkan dia boleh cerita baik pasal aku di depan Raja dan PM.RAKYAT?????Pedulikan mereka.Kalau mereka hukum parti dan Kerajaan pabila PRU,aku dah tak kisah.Aku sudah punya segalanya.Aku bersih sebersih-bersihnya.Mungkin bersih bagai Nabi?Kalau aku dilihat kurang bersih?Mudah sahaja.Daripada bini aku menangis,biar aku menangis dulu...Prinsip yang mesti aku pegang....daripada kena marah atau diminta berhenti baik aku menangis dulu sepaya kemarahan orang lain reda.BIAR KHAZANAH NEGERI HABIS ASALKAN AKU TERUS KEKAL.

No comments: