Feb 25, 2010

Kelantan anjur diskusi khas royalti minyak

KOTA BHARU: Kelantan akan menganjurkan satu majlis penerangan khas Diskusi Tuntutan Royalti dari Perspektif Undang-undang di sini pada 6 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat dan Teknologi Negeri, Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan, berkata ia sebagai respons kepada penjelasan Kerajaan Pusat berhubung wang ihsan yang akan diberikan walaupun yang dituntut oleh kerajaan negeri ialah royalti.

"Kami harap dengan adanya diskusi ini ia akan akan dapat merungkai persoalan yang menimbulkan tanda tanya rakyat berhubung isu tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di Kota Darulnaim di sini, hari ini.



Beliau berkata, majlis itu yang akan diadakan di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) menghimpunkan beberapa pakar dalam bidang undang-undang dan pegawai tinggi Petronas sebagai anggota panel. - Bernama

No comments: