Feb 5, 2010

Nik Aziz mahu Pas-UMNO duduk semeja bincang isu agama

Menunggu sehingga hari ini untuk memastikan kenyataan tersebut datang dari Tuan Guru sendiri atau sekadar mainan media semata-mata.

Sudah disemak tiada penafian dari Tok Guru dengan berita dari BERNAMA maka jelas sekarang Tuan Guru telah membuka ruang untuk berbincang demi agama Islam.

Semoga tiada suara dan tulisan sinis yang memperli Tok Guru. Inilah sifat seorang pendakwah.
Jalan dan ruang dakwah terlalu dan panjang.



KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.


Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.

“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama

6 comments:

Anonymous said...

eh...tok guru dah kena rasuk oleh stopa Ali ke?

mamatkeling said...

Nasa dah sihir tok guru ke

mamatkeling said...

Nasa dah sihir tok guru ke

Anonymous said...

Jangan Tok Guru,nanti blogger marah, nanti dia kata Tok Guru tu Kerajaang Perpaduang

Anonymous said...

yang ni nak wala' ke tak?

Anonymous said...

tok guru bukan nak berbincang pasai kerajaan perpaduan..
tapi pasai agama islam..
mana nak tau lepas bincang umngok mau tegakkan hukum islam..
insyaallah.,..

- biarkan aku bebas -