Feb 18, 2010

Seni Budaya Bangsa ?

Poster dikir barat, wanita tidak menutup aurat, main di Felda Bukit Bading, Dun Ajil.
" Majulah seni Budaya Bangsa" - Budaya bangsa ? bangsa melayu? Tidak tutup aurat, bergelek-gelek dan bergolek-golek atas pentas. Adun Ajil hadir tak? Tanya Adun Ajil betulkah ini budaya kita? budaya melayu? Kalau bukan budaya kita " Majulah seni Budaya Bangsa " tu untuk bangsa mana?

Soalan tambahan : sanggupkah anda mengizinkan isteri anda atau anak perempuan menjadi Tukang karut atau penyanyi solo kepada pesta dikir barat itu? Tanya YB rosol ? tanya YB Md Noor@ Liyas. Tanya diri, tanya iman, hubungkan kedua-duanya.

Inikah seni budaya bangsa kita?

3 comments:

al-brangi said...

Salam,

Itulah budaya UMNO. Masuk percuma ke?

Setahu saya kalau ditahun2 60-70an, setiap kali ada 'Fun-fair' atau 'Artis-Menyanyi' di padang bola Kuala Berang, sebahagian hasil kutipan diberi kepada Wanita UMNO sebagai syarat nak dapat permit.

penawarrindu said...

Padang Astaka Kuala Berang yg beratapkan zink tu ke?

al-brangi said...

Ye, itulah padangnya.

Padang Astaka yang beratapkan zink.

Padang yang banyak menyemarakkan maksiat dari dulu, kini dan selamanya. Di situ ada permaianan Rodat, Dikir Barat, Fun-Fair (Berjoget depan khalayak dan berjudi),tayangan wayang gambar, artis menyanyi. Percampuran lelaki perempuan, ngalahkan KLCC.

amat mengejutkan nak dihidupkan kembali zaman 'gelap' itu di Felda pulak.