Feb 26, 2010

Sambut Maulud tapi tinggal ajaran Nabi Muhamad SAW

Adik-adik Pemuda Umno Hulu Terengganu,
Sambut maulud Rasulullah, tapi sayang sekali meninggalkan ajaran yang dibawa oleh Baginda.
Kelahiran Baginda dimuka dunia ini sebagai nabi akhir zaman. Kelhiran Baginda adalah sebagai cahaya permata untuk umat akhir zaman. Sayang, beriya-iya sambut Maulud tapi amalan dan ajaran Baginda dipinggirkan. Menganjurkan aktiviti maksiat, tidak meletakkan Al-Quraan sebagai sandaran dan panduan didalam kehidupan seharian. Nabi tak minta sambut ulangtahun kelahiranya, tapi Baginda minta supaya kita beramal dengan ajaran yang beliau bawa yang terkandung dalam Quraan dan Hadith.

Harap Faham.......

11 comments:

Anonymous said...

Aktiviti maksiat hok mana pulopp mekk....cuba gop kabo...ada pemuda anjur malam hari berdansa???ada anjur aktiviti pertandingam menari harimau ( tiger show)....karaoke pon takdop agi stakak ning wassernya...tapi kalu karaoke pong dakper wassernya...Pernah abu bakar mengadu kepada nabi ttg nyanyian tapi rasulullah membanarkannya... kalu perjumpaan pom akdok hok kutuk2 ke..kata2 keorang laing pong...

Anonymous said...

Nyanyi guana hok nabi diam? hok macam karaoke ke? hok macam di padang Astaka Kuala Berang ke? ke macam dikir di Bukit Bading tu...Nabi izin hok gitu ke?

Anonymous said...

Kalu okk gini ranoo pulop mekk wehh....negeri tok guru nii...http://www.youtube.com/watch?v=cNS896OiqT8&feature=related ....di selangor lening pong berat agii..padahal dah diperintah oleh pembangkang dan sekutunya....dokleh nok kawal jugopp...siap tungging *u*** lagi....J**at x4.....doh kalu hok gining guana plopp...http://www.youtube.com/watch?v=qRFQOMZAPo8&feature=related...........Sepatutnya pada hari kelahiran junjungan kita ni..kita semua tak yah la nak gaduh2 kata dan mengaku yg dia lebeh islam....alangkah baiknya perbanyakkan selawat dan terus belajar macammana nak memperbaiki diri supaya menepati kehendak quran dan sunnah...tajuk blog pon dah menimbulkan provokasi supaya tercetus perasaan marah antara satu sama lain...inikah yang nabi junjungan kita hendak?.....cik siti kena bertanggungjawab di akhirat nanti atas blog yang cik siti tulis nii....

mek weh said...

mengingatkan umat Islam agar tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sekadar dengan cogan kata atau lambang-lambang kemegahan.
Apa yang penting, katanya, mengambil kefahaman serta pengajaran dari kelahiran Nabi s.a.w. dengan menghayati ajarannya yang sebenar.



“Marilah kita mengambil kefahaman dari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan kerasulannya ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa yang besar ini bukan hanya sekadar mengagungkan cogan kata dan lambang-lambang yang dimegahkan tanpa menghayati ajarannya yang sebenar,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Bahkan, katanya Allah SWT mewujudkan keadaan dunia yang benar-benar berhajat kepada petunjuk daripada Allah yang dibawa oleh seorang rasul yang paling hebat di kalangan rasul-rasul yang diutuskan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, cahaya Allah Taala (Islam) itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja termasuk kuasa besar dunia.

Menurutnya, meski pun umat Islam mengalami ‘hakisan’ serta kekurangan yang lemah hingga berlaku pasang surut tetapi agama Islam itu tetap akan terpelihara serta tidak boleh dihapuskan pada hari ini hingga ke hari kiamat.

Anonymous said...

Sambutan maulidurrasul hukumnya " Harus "petikan khutbah di masjid kelate...pushtop...dok payoh la nok cakap banyok...

Anonymous said...

SEBUT GOK MOLEK MEK.. BUKAN MAULUD MEK CT WEH.. MAULID... KATA SEKOLAH ARAB.. BENDA TU PUN X LEH BEZA...

Anonymous said...

Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'at.

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)
2-1 Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Anonymous said...

Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.

Anonymous said...

Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.

Anonymous said...

Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik

1: Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada meraikan hari kelahiran baginda, iaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.

Anonymous said...

Rai hari kelahiran haji hadi dan tok guru kot lebeh utama......dok pong rai ceramoh politik puok2 demer lebeh utama dari benda2 lain...kalu ceramoh tu dok cukuk kheter sapa nok parking ...insaflah mekk...