Feb 18, 2010

Rozi mamat mabuk Ubi Gadong




Ubi Gadong kalau tak diurus dengan betul ianya bisa memabukkan.
Kerajaan negeri dibawah UDM dan JK Pertanian telah melancarkan kempen tanam ubi Gadong, sejauh mana projek itu menghabis kan duit dan sejauh mana kejayaannya tidaklah diketahui sebab selepas pelancaran tempohari tiada lagi khabar berita tentang ubi gadong.




Mungkin akibat tersilap mengurus ubi Gadong menyebabkan timbalan ketua umno Hulu Terengganu sudah menjadi mabuk gadong ketika mengulas tentang keretakan parti parti kompenan PR.Beliau menuduh kononya keegoan pemimpin PR yang tidak mendengar ahli bawahan penyebab kepada berlaku keluar parti dan krisis yang berterusan.




Rozi Mamat mabuk Gadong, dia mesti lihat kedalam, krisis umno Hulu Terengganu yang melarat-larat sehinggakan kepada umno cawangan dan JKKKK itu sendiri. Pergolakan JKKK di beberapa kampung di Hulu Terengganu sepatutnya ternampak oleh Rozi sebab itu bukan kuman di seberang tetapi gajah didepan mata.

Pertelagahan antara berliau bersama Ketua bahagian dengan puak ahli Parlimen, Adun K.Berang dan Adun Ajil. Rozi Mamat mabuk gadong, acu lihat , mesyaurat Pembangunan daerah, bila Rozi pergi siapa yang tak pergi>? Kalau Adun Ajil dan Adun Kuala Berang hadir, siapa pulak yang tak hadir? mereka silih berganti dan tidak bersedia untuk duduk bersama dalam satu majlis. Sehinggakan Pejabat Dun Kuala Berang dihalau macam anjing kurap, malahan lebih dasyat dari lakonan budak tadika kena halau di zaman PAS.

Siapa yang halau pejabat Adun Kuala Berang? pembangkang kah? PR kah? Rozi Mabuk ubi gadong. Macamana Rozi tak mabuk gadong kalaulah hanya tukang kebun sekolah yang menjadi penasihat kepada beliau.

2 comments:

melikapakjangak said...

Ustazah!
Daun gadung boleh hilangkan ketagihan rokok manakala isinya boleh hilangkan ketagihan dadah.

Bahan inilah yang saya gunakan bagi merawat penagih dadah di pusat pemulihan dadah Jabal Islah yang diasaskan oleh Ustaz Salleh Daud, bekas guru agama penjara. Jabal Islam adalah pusat pemulihan dadah sukarela, Ustaz menghabiskan pencennya untuk itu.

Ramai yang sembuh. Jabal Islam yang bertempat di atas kakit bukit Kampung Muka Bukit, tanah milik Ustaz Leh, tidak jauh dari UiTM Machang, kini ditutup kerana Ustaz Leh sudah teralu tua.

Lebih mujarab lagi kalau ada gadung tawar. Selain ianya boleh tawarkan bisa mabuk gadung dengan memasukkan secebis hirisannya dalam redaman sebesen gadung tanpa perlu merendamnya di sungai yang air mengalir, rebusan air gadung tawar boleh sembuhkan HIV dan ketagihan dadah serta rokok dan alkohol.

Saya rasa pakar perubatan patut buat kajian tentang keberkesanan gadung dan gadung tawar sebagai bahan perubatan.

Kalau ubat itu nanti dikomesialkan, tentulah gadung dan gadung tawar akan mendapat pasaran yang baik, nilainya juga pasti tinggi, orang Terengganu akan ramai yang kaya nanti sebagai saudagar gadung nanti.
- Ramli Abdul Halim

Anonymous said...

Tok payah cerita la ke org yg mengaku baik ni..( kalau org yg rasa diri dia bagos ni msti ada something wrong padanya )kerjanya bangkang aja..benda yg baik pon tak jadi baik padanya.....