Feb 28, 2010

Siapa Bilang YB Wahid Tak Turun Padang ?

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mengakui kadar kemiskinan di kawasan Bandaraya Kuala Terengganu masih wujud berikutan kos sara hidup yang tinggi dan semakin meningkat setiap tahun.

Menurut beliau, harga makanan dan minuman mahal menjadi salah satu penyebab yang menjadikan kos sara hidup sangat tinggi di Bandaraya Kuala Terengganu.

“Kuala Terengganu sememangnya sudah terkenal dengan harga makanan dan minuman yang mahal berbanding Kota Bharu dan Kuantan.

“Malah, saya pernah bangkitkan perkara ini pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Kita lemah dari segi penguatkuasaan sebab itulah isu harga mahal ini masih tidak dapat diselesaikan,” katanya kepada ketika ditemui pada Program Ziarah Pas di Chabang Tiga, di sini.

Menurutnya, jika penguatkuasaan ditingkatkan ia sedikit sebanyak mampu mengawal harga makanan dan minuman daripada terus naik sehingga membebankan pengguna seterusnya menyebabkan masalah kemiskinan tidak pernah mempunyai kesudahan.

Sementara itu, beliau berkata, soal pembangunan di Kuala Terengganu sepanjang tahun ini ia mengikut perancangan yang telah dirangka Kerajaan Negeri.

“Kita menyokong pembangunan yang dilaksanakan cuma jika ia membabitkan kes pengambilalihan tanah kita akan pastikan penduduk akan memperoleh pampasan yang setimpal,” katanya

Mengulas mengenai program ziarah Pas itu, Mohd Abdul Wahid berkata, ia program berterusan yang dilakukan pihaknya untuk memastikan orang kurang bernasib baik seperti uzur dan daif dapat dibantu.

“Pas setiap cawangan akan mengenal pasti mana-mana individu atau keluarga yang layak menerima bantuan. Selagi kita mampu kita akan bantu mereka yang kurang bernasib baik ini,” katanya.

Pada program ziarah itu, sebanyak 10 buah rumah di Kampung Kubang Buyung dan Kampung Simpang Tok Ku masing-masing menerima bantuan berupa barang keperluan dapur.

- Siapa Kata YB Wahid Tak Turun Padang-
-Siapa bilang YB Wahid Tak Menawan, tak menarik hati-

2 comments:

Anonymous said...

Turun padang pun just beri beras sekampit...pastu kalau ada susulan pon dgn pejabat2 kerajaan...harus diingat disini adalah pejabat kerajaan ( sedia maklum ya kerajaan mana yang memerintah negeri dan negara ). Setakat ni pas ada ke program2 untuk bantu kemiskinan di negeri terengganu nii...stakat ni tak ada rasanya..kalau ada cuba bagitau..orang kampung biasanya tak paham flow pentadbiran....

Anonymous said...

program pas yg paling besar ialah telah menurunkan trg dari no 2 ke no 3 kedudukan dlm rakyat miskin, tu baru 4 tahun memerintah, adakah anda lupa?