Feb 9, 2010

Kita Lawan BN secara Jantan.

Mahkamah telah membuat keputusan bahawa Zamry adalah MB Perak, terimalah seadanya, tunjukkan kepada rakyat bahawa yang kita PR akur dengan undang-undang. Walaupun undang-undang itu terasa amat zalim dan perit terhadap kita.

Sekarang PR mesti turun untuk menawan hati rakyat. PR mesti ingat, menjadi kerjaan yang lemah kadangkala lebih baik menjadi pembangkang yang kuat. Oleh itu sekarang PR adalah sebuah pembangkang yang sangat kuat di DUN Perak. PR boleh mengasak mereka habis-habisan di DUN Perak.

Dua tahun lagi kita akan berdepan dengan mereka di PRU 13, kita atur langkah, kita susun strategi, kita lawan secara anak jantan. Buktikan kita tidak seperti BN yang tahu menikam dari belakang. Merampas kerajaan Perak dengan cara yang sangat tidak demokratik.

Ayuh, perjelaskan kepada rakyat kezaliman, kejahatan, kerakusan BN, PR kena mendidik rakyat, pastikan semua rumah sampai semua pesanan dan saranan PR. Ayuh bergerak terus maju. Dua tahun hanya sekejap, PAS Perak mestilah melangkah gagah memimpin Perubaha.

6 comments:

Anonymous said...

FASAL 77. Meminda Perlembagaan PAS

(1) Adapun Perlembagaan PAS ini atau sebarang bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dibatalkan atau ditambahkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh dua pertiga suara yang hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.
(2) Suatu ketetapan yang mengandungi sebarang syor atau cadangan hendaklah meminda atau membatalkan atau mengubahkan atau menambahkan kepada Perlembagaan ini hendklah dihantar kepada Setiausaha Agung sebagaimana yang disyaratkan di dalam Peraturan Muktamar PAS.
(3) Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang perkara yang berkait dengan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh hari dari tarikh ia diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS, dan tidak boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat pengakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

jadi perlembagaan PAS bukan AL QURA dan HADIS la?

Anonymous said...

Kalau keputusan tidak menyebelahi PR @ PAS semuanya zalim. Mentaliti kepala lutut. Cukup..cukuplah PAS menyesatkan Umat Islam & Bangsa Melayu. Justru ajaran sesat PAS ramai dah buncit perut mentakdarah harta benda rakyat dan umat. Ingat ctkay selagi kau beratapkan langit dan berlantaikan bumi kau dan puak-pauk bangsat engkau tidak terlepas daripada keinginan hawa nafsu nak kaya,nak senang,nak mewah,rumah besar,keta besar. Tapi yang celakannya untuk dapat itu Islam kau orang jual macam pisang goreng...penuh dusta dan nista..Celakalah kau nanti.

Anonymous said...

o lame ke ni tipu orang kapung la... kepale bapak...

Anonymous said...

Perlembagaan PAS sah bukan Al-Quraan dan Hadith. Tetapi perlembagaan PAS Meletakkan Hukum Tertingginya adalah Al-Quraan dan Hadith.

Ada faham atau sengaja membelitkan Fakta.

kepoklosong said...

yang sokong PAS lening bukan org kampong laaa....semua org bandar ...wakaf pelang,batu burok, ladang dll...hok dok kampong dok kena tipu ngang umno sokmo....

Anonymous said...

orang bando pun budu juge ke?