Jan 16, 2010

Jagung Kuala Berang dieksport ke Amerika Syarikat ?



Dalam sidang dun yang lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat memaklumkan kepada dewan undangan negeri bahawa Jagung yang ditanam disebuah kampung di Kuala Berang akan dieksport ke US.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan dari Zawawi Ismail (Kuala Berang)

“Harga jagung bergantung pada jenis jagung yang diusahakan oleh petani kerana jagung varieti kam-pung tiada nilai di pasaran antarabangsa.

“Jagung yang dikenal pasti mempunyai pasaran luas ialah varieti hibrit ‘Go Straight 392’ dan ‘Duble Delight 8899’ yang disyorkan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua jagung berkenaan mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa, sehubu-ngan itu golongan petani diminta untuk menanam jagung varieti itu walaupun petani mempunyai masalah dari segi kaedah penanaman yang agak rumit tetapi ia menjanjikan pulangan lebih lumayan.

Mengulas mengenai soalan ke mana jagung berkenaan dijual, jelas Rozi, jagung berkenaan yang ditanam di tanah seluas kira-kira 40 hektar di Kuala Ping dieksport ke Amerika Syarikat.



Apa yang dimaklumkan disini, petang tadi kali keluar dari rumah dan menuju ke gerai jagung di kg Gaong , Kuala Berang.Kami singgah disalah sebuah gerai tersebut dan mendapati 3 gred jagung yang dilonggok dengan harga yang berlainan. Saya bertanyakan kepada mak cik yang menjual itu, kenapa ada 3 gred. Saya sangat terkejut dengan jawapan makcik tersebut kerana beliau memaklumkan bahawa gred tersebut bukanlah bergantung kepada mutu tetapi mengikut dari mana ianya datang. 3 gred jagung tersebut semuanya bukan hasil petani Kuala Berang. Jagung jagung itu rupanya dari Thailand, dari Johor dan dari daerah Besut.

Saya bergurau dengan Makcik itu, bukan kah jagung Kuala Berang nak dihantar ke luar negara. Beliau memaklumkan orang Besut yang tidak diprojekkan dengan jagung pun boleh keluarkan jagung dimusim banjir, tapi jagung Kuala Berang "tak dok sebutir pun" dimusim banjir dan lepas banjir. Saya tanya lagi, jagung Kuala Ping tak dok ke? Mak cik tu kata, bila lah pulok orang Kuala Ping tanam jagung. Saya berlalu dan dalam hati berkata, mungkin tahun ini akan dimulakan projek jagung Kuala Ping.

-Semoga berjaya hendaknya



6 comments:

Anonymous said...

surauh ruzai gitanam jagaung di kapaung capu lah dulu.....uraung ulau kate jenis BSG (Budu, sumbaoung, goung)(bodo,sombong,gong)

Anonymous said...

Suruhlah suruhhh....sudah terbukti disini pemerintah sekarang berupaya menjadi hamba no.1 yang maha kuasa dan rakyat...:)...dengan rendah hati kami orang2 umno menjalankan tanggungjawab......terbukti juga PAS kurang mampu merendahkan diri menjadi hamba yang maha kuasa dan rakyat ( makhluk lain )...nok mnder agie?....

Anonymous said...

Nok jagaoung kuale braoung je...

semangbutut said...

ape yg budok rozi kata tu betul....jagaong urang2 kuala ping di ekspot ke amerika. urang2 amerika guna pulor jagaong kuala ping buat paip (corn cob pipes) www.corncobpipe.com

Anonymous said...

Meh nok royak sikit...jagong kuala ping memang comel pun....kalu doh caye..mehlah tengok sendiri...gambar jagung yang ditunjuk tuh..mari mane dok tahu...MARI BESUT dok tahu...jagung kna banjir..KAT MANE GOK..KAWASAN BESUT wat keluar jagonggg...royak gok sikit...

Anonymous said...

jagung yang didakwa dieksport ke amerika syarikat tu rugi rm1 setongkol selepas kena tipu dengan cina nelson. haha