Empat Cedera Bumbung Kaca Terminal Bas Dalam Pembinaan Runtuh
Tiga buruh rakyat Bangladesh dan seorang buruh tempatan cedera apabila penghadang cahaya kaca di terminal bas baru Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan runtuh Isnin.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.05 petang itu, difahamkan terdapat 15 pekerja di kawasan berkenaan dengan dua daripadanya sedang memasang kaca sebagai bumbung penghadang cahaya.
Kejadian itu menyebabkan dua buruh yang berada di atas bumbung dan dua lagi yang berada di bawah cedera ringan di kaki dan tangan akibat terkena serpihan kaca itu.
Penyelia tapak pembinaaan berkenaan, Zahir Hariri berkata kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan dirawat sebagai pesakit luar.
"Ketika kejadian saya berada di pejabat tapak pembinaan dan saya terdengar bunyi kuat dari arah terminal itu. Apabila keluar, saya lihat kaca yang dijadikan bumbung penghadang cahaya jatuh dan pecah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata kerja pemasangan kaca yang dimulakan sejak seminggu lepas itu hampir 80 peratus siap.
Kejadian dipercayai berlaku disebabkan penyambungan panel yang tidak sempurna pada penghadang cahaya itu, katanya.
Terminal bas berharga RM4.2 juta yang mula dibina pada Mac 2008 dan sepatutnya siap awal tahun depan itu merupakan projek Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah MNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.
Syarikat Gemilang Mega Sdn ada milik anak tempatan Kuala Berang dan dibayangi oleh ahli politik tempatan.
Memang cap Ayam. Hadiah tahun baru bagi orang Kuala Berang, CAP AYAM.
- Sedang berusaha untuk mendapatkan gambarnya.
.

6 comments:
setuju benor dengan ctkay's. memang jenih cap ayang, nok wat guaner lagi, cap ayang situ laaa!!! mungkin gok kejut dgn KFC kot?
tapi sardin cap ayang sedap
when they talk bad about others,maybe they feel they're gud than others?so typical aite...
sedak ngat kata ke orang....dari dok wak mnder lasung...cap ayang pong jaddi gok kekgii...takut2 dia hok dlu2 skali....
2X5 = 10 masalahnya dalam projek ni 2X5 = 110
Benda tu masih lagi dalam pembinaankan...org putih kata "under construction"...mcm laman web la jugak...under construction...cth lagi adalah pembuatan kereta..belum lagi diuji...ujian ambik selekoh..ujian penjajaran dsb...microsoft sendiripon selepas pelancaran sesuatu operating system masih ada lagi bugs yg perlu dibaiki sebab itu ada update service packnya...kontraktor bertanggungjawab pon belom lagi menyerahkan bangunan tersebut secara rasmi....sebab itu kerajaan buat perkeso...apa tujuannya perkeso tu?..itu kena paham puan siti....alhamduli..alhamdulillah syukur pada allah tidak ada kemalangan jiwa berlaku...memang puan siti ni jenis tak paham...kalau kejadian di kb mall tu mmg boleh dipertikaikan sebabnya sudah beroperasi....mcm mana nii...jaga anok lagi baik....diharap pembaca tidak terpengaruh dengan blog yg tah apa2 nii...
--mmg betullah ctkays ni jenis cap ayam gmbar ayam pon dah ada....
Post a Comment