Dec 2, 2009

Laksana BTN ikut penghayatan Islam


Dewan Muslimat Terengganu meminta program Biro Tata Negara (BTN) dikaji semula dan dibuat berdasar penghayatan Islam bagi memastikan masyarakat mempunyai sikap bertanggungjawab.

Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, pendekatan Islam perlu diterapkan sekiranya mahu dilaksanakan tanpa mewujudkan sebarang propaganda politik daripada parti tertentu.

Menurutnya, usaha memupuk rasa kasih sayang terhadap negara lebih berkesan melalui program keislaman dan yakin ia mampu mewujudkan sikap bertanggungjawab.

“Jika BTN ini, kita tidak tahu macam mana hasilnya dan saya juga mendengar ada dalam kalangan mereka tidak setuju dengan program berkenaan, hanya ‘tadah telinga sahaja’.

“Itu maksudnya mereka tidak setuju, sama ada yang mengikuti itu kakitangan kerajaan ataupun pelajar. Saya pernah mendengar rungutan daripada beberapa pihak sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

5 comments:

Anonymous said...

Dapatkan dulu sokongan DAP, karpal Singh dan Lim Kit Siang, kemudian barulah cakap serupa bikin dan kami umat Islam semua akan sokong.


Kalau tidak, lu berkokok saja dan nampak sebelah mata sahaja le

Anonymous said...

bak kata uping dan iping kampung kuala ping..........betul...betul...betull....

Anonymous said...

g kursus BTN dulu baru tau islam ke doknya... tapi kalau tengok anak2 orang pas yang dok g kursus BTN hat bakar bendera malaysia tu...

Anonymous said...

nik aziz kena masuk BTN dulu sebab poknik aziz menzalimi rakyat kelantan

NIK AZIZ ZALIM........

Anonymous said...

Puan,
1.Ana dah beberapa kali ke kursus BTN dari pelajar hinggala bekerja..
tak dok masalah....

2.Namun ana tetap bersetuju jika ISLAM 'didalamkan' lagi dlm BTN....

3.Selangor ganti BTN dgn anjuran negeri, Kelantan lamadoh ada pusat dan modul kursus sendiri...bole tak dedahkan modul masing-masing...

4.Yang ana nampak....semua pihak akan berbuat apa saja utk menyampaikan dasar....

5.Jadi ApA BEZANYA....please JGn JAdi Dulang dan Serpihnya....

adibeta,
kubang kerian,kelantan