Dec 5, 2009

Memijak Gambar Adun, tidak bermoral

Kejadian memijak potret tiga Adun yang keluar parti dari Perak, Jamaluddin Md Radzi (Behreng), Othman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelutung) oleh pemimpin DAP adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita Malaysia.

Walaupun mungkin kemarahan sudah berada ditahap yang sukar dikawal namun perlu ingat kejadian tersebut adalah satu peristiwa yang belum boleh diterima oleh masyarakat umum di negara ini.

Masyarakat umum memerhati dan menilai, musuh mengambil peluang, gabungan dua kombinasi tersebut sudah akan pasti menjadi instrument penting dalam mana pilihanraya selepas ini.

ketandusan moral yang sangat jelas, akibat tekanan kemarahan.

Saya juga barang pasti seandainya sukatan BTN itu tidak diubah maka gambar ini menjadi salah satu slot didalam modul kursus BTN tersebut.

Perbuatan memijak gambar oleh pimpinan DAP itu sesuatu yang memalukan rakan-rakan Pakatan Rakyat.Tidak dipastikan pula perkara ini akan dibangkitkan didalam mesyuarat Majlis Presiden PR. Atau mungkin akan ditimbulkan didalam konvensyen PR 19 Dis 2009 nanti.

Saya : kewajaran menasihat DAP dalam perkara ini amat perlu, ini lah masanya kita menegur mana-mana yang tidak sesuai samada dengan adat dan lebih-lebih lagi dengan hukum agama.Peluang memperkenalkan Islam kepada mereka perlu disegerakan, kerana kita yakin mereka boleh menerima apa yang kita perjuangkan seandainya mereka diberi fahaman yang betul.

Apa yang tinggal dibimbangi kita hanya menyebut dan cuma mengharapkan agar ianya terjadi dengan tanpa usaha kearah itu.Kita mungkin lunak menyebut bahawa bersama DAP dan PKR adalah ruang kepada PAS untuk mendekatkan mereka dengan Islam selepas Umno tidak bersedia kearah itu, tetapi ianya hanyalah sebuat cita-cita yang tiada usaha yang disusun dan tersusun.

Kepada kita lah amanah ini , kalau kita mengaku bahawa PAS itu adalah wadah kita.

Sementara itu sudah barang pasti ada yang bertanya, macamana pula dengan tindakan membakar gambar ketua Menteri sebuah negeri di malaysia ?
Mudah sahaja bagi saya menjawabnya...memang padan dan layak mereka berbuat demikian untuk mencukupkan lagi kegenapan kejahatan mereka.

4 comments:

suprie08 said...

adakah lompat parti itu bermoral,tiga katak itu patut dihina dan diludah je kemuka mereka..biar bagi pengajaran pada yang lain tidak kira apa parti sekali pun.

Hulubalang said...

Lompat Parti itu memang sangat tidak bermoral, orang yang berusaha untuk lompat 16 Sept juga tidak bermoral,. walaupun lompat itu tidak bermoral jgnlah kita yang bermoral ini melayan mereka dgn membuat kerja tidak bermoral juga. Nanti taraf kita jadi sama tidak bermoral dengan mereka.

Anonymous said...

Yang paling tidak bermoral adalah orang yang mula-mula mengeluarkan idea lompat parti ini dan mencanangkan idea lompat parti ini....kalau tidak..acara dan istilah lompat melompat ini tidaklah wujud....tapi benda ini jadi atas batang hidung org yg mengeluarkan idea itu sendiri...tuan2 sedia maklumkan siapa dia ya...orang yg mencadangkan itu pon ludahnya sudah terkena pada muka dia sendri.....adilkan....

Anonymous said...

tak payah cakap pasal lompat parti kalau kita sendiri sebenarnya kepala lompat parti. dan kita juga tauke nak beli orang lompat parti. mujur orang dah kenal siapa dirinya yang sebenar. baik sangat ke moral dia?????