Dec 12, 2009

YB Ustaz Wan Ismail kini HUSM

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, yang sakit ketika mengerjakan haji di Mekah, selamat pulang untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sekembalinya dari Tanah Suci petang ini.

Wan Ismail, 59, dibawa ke hospital itu dengan menaiki ambulan setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini dan diiringi anggota keluarganya.

Antara pemimpin PAS yang menyambut ketibaan beliau ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, dan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat.

Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan bahawa Adun Melor itu uzur ketika mengerjakan fardhu haji dan tidak mengetahui secara jelas penyakit Adun itu

3 comments:

Cucu Pejuang Pas Pasir Mas said...

Kalau bekas bini orang Kemboja tarik balik tuntutan RM3 juta agaknya sembuhlah YB kita ni.

Zuhud juga orang Pas, hartanya tak banyak mana. Bekas bini cuma tuntut RM3 juta sahaja, bukannya RM30 juta, RM300 juta atau RM3,000 juta.

Tokcik ambo jadi ahli Pas sejak Pas ditubuhkan, masa mati dia mati tahun 1999 kena minta derma untuk beli kain kapan, masa tu kifalah takdok lagi. Ada tiga parut atas dahi kena kapak kecik pemuda tahan lasak Umno dan empat parut lagi atas belakang bekas kena tetak.

Jauh bezo orang Pas dulu dengan lloni. Takdok parut apa-apa sebagai tanda perjuangan dan pengorbanan untuk parti, tapi pitih berlambak-lambak

Cucu Tok Ayoh Salor said...

3 TANDA TU Lambang bertapo zolemnya umnu ninnng, peselah ke anok cucu keno beringatlah denge umno ni

Anonymous said...

BUKAN SAJA DENGAN ORG UMNO KENA BERINGAT...DENGAN ORANG PAS LAGI KENA BERINGAT! DUIT SAYA LABUR DALAM KOHILAL HABIS MAPUH KERAS PAKAT BAWAK GI LESAP...HOK GEMULOH TOK CIK AMBO PUN BANYOK PULUH RIBU JUGAK...PAH DOK KATO KO ORG UMNO...PAS PUN SUPO JGK!...MAROH KO UMNO KRONISME...TGNA LANTIK ALMENANTUNYA JD CEO PMBK...ANOK DIA NIK ABDUH BAGI JWTN DALAM MPKB...SUPO JAH...