Dec 22, 2009

Video : Terengganuku runtuh lagi.........

Sedutan keruntuhan terminal pengangkutan awam di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Ini merupakan keruntuhan ke-3 dalam tahun ini di Terengganu selepas Stadium sultan Mizan Gong Badak', Kuala Terengganu dan Masjid Kampung Batu Putih , Kemaman.

Mungkin inilah doa orang-orang yang kena zalim ketika Masjid Kg Bujal diruntuhkan serta rumah-rumah orang miskin yang diroboh.....Berfikirlah bagi mereka-mereka yang masih mempunyai akal yang waras...

1 comment:

Orang Sempadan Terenganu-Kelantan said...

1. Lelaki hidup mewah hasil kegiatan menipu lebih RM300,000
21/12/2009 7:25pm

KOTA BHARU 21 Dis. — Selepas hidup mewah selama setahun dipercayai daripada hasil kegiatan menipu membabitkan RM346,500, akhirnya seorang lelaki ditahan polis.

Suspek berusia 55 tahun, memperdayakan mangsa kononnya dia mempunyai hubungan baik dengan pihak atasan untuk mendapatkan kontrak kawasan pembalakan, membeli kereta disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan pembelian konsesi kayu getah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Supt. Hamzah Alias berkata, lelaki itu terbabit dalam lima kes tipu iaitu tiga kes berlaku di daerah Pasir Puteh, satu kes di Kota Bharu dan satu kes di Rantau Panjang membabitkan kes penipuan tawaran kawasan pembalakan, penipuan tender pembelian kenderaan dan penipuan tawaran pembelian konsesi kayu getah.

"Pihak polis berjaya menahan suspek di Jalan Tengku Chik, dekat sini dan pihaknya turut merampas sebuah kereta mewah milik suspek, yang berasal dari Pasir Mas, pada 17 Dis. lalu bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

LAPORAN INI DIPETIK DARI BLOG MELIKAPAKJANGAK.

MACAM MANALAH AGAKNYA ULASAN CTkys DAN BLOGGER YANG SPESIS DENGANNYA KALAU KES DBERKENAAN BERLAKU DI TERENGGANU ATAU DI NEGERI-NEGERI YANG BUKAN PAKATAN RAKYAT PERINTAH?