Dec 13, 2009

Dr Jeffrey KitinganMasih Bersama PKR ?

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam buat pertama kalinya secara terbuka mengakui sesetengah calon pilihan raya bagi parti itu yang menang dalam pilihan raya umum tahun lalu ternyata mempunyai trek rekod yang tidak memuaskan.

’’Kita berhadapan dengan masalah kerana beberapa calon yang kita letakkan bertanding mempunyai trek rekod yang lemah.Malah pada sesetengah kawasan, kita tidak jangka pun yang mereka akan menang tetapi mereka menang," katanya.

Anwar berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Konvensyen PKR Negeri Sarawak yang pertama di Crown Square.

Anwar, berkata, dua daripada calon mereka yang menang tetapi 'bermasalah' di Perak telah pun mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Umno (sebenarnya bebas).

Malah beliau memberi amaran mana-mana wakil rakyat PKR yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat akan digugurkan daripada senarai calon menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun beliau menyatakan rasa puashatinya dengan ahli-ahli parlimen PKR yang beliau sifatkan sebagai 'cemerlang' tetapi mereka masih perlu terus mempertingkatkan kecekapan kerana harapan yang diletakkan oleh rakyat adalah tinggi.

Ditanya mengenai keputusan Adun Ngemah, Gabriel Adit yang mengisytihar keluar PKR dan menyertai Parti Cinta Malaysia, Anwar berkata, itu adalah hak beliau untuk menyertai mana-mana parti pilihannya kerana dia telah lama meninggalkan PKR.

Dalam nada yang sinis, Anwar berkata, PKR tidak mempunyai tempat untuk seseorang pemimpin yang menyertainya dengan harapan mereka akan menyelesaikan hutang pribadi atau hutang cukai pendapat.

Mengenai Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Anwar sambil tersenyum berkata; "Saya telah mendengar pelbagai khabar angin tetapi hakikatnya ialah beliau ada bersama saya hari ini (duduk di sebelah Anwar pada sidang akhbar itu).

No comments: