Dec 14, 2009

Bila UBN Berniaga Duit Kerajaan.....

Terengganu tutup firma rugi
100 syarikat milik kerajaan negeri distruktur semula mulai tahun depan


Ini lah kehebatan Kerajaan BN Terengganu mentadbir negeri ini. Selama ini rakyat Terengganu
dihidangkan dengan berita yang lunak-lunak dan enak-enak.

Anak-anak Syarikat Kerajaan Terengganu ini antaranya ditadbir dan diurus oleh wakil rakyat BN dan pemimpin umno semua peringkat.

Orang-orang umno memang pandai berniaga, lebih lebih lagi dalam membuat satu-satu tuntutan dari anak syarikat.


Kira-kira 100 syarikat milik kerajaan Terengganu yang terbabit dalam perniagaan, komersial dan pelaburan akan distruktur semula bermula tahun depan dalam usaha menjadikannya lebih berdaya saing dan mampu menjana keuntungan dari semasa ke semasa.

Usaha itu akan dilakukan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB), iaitu perbadanan yang menguruskan semua aktiviti syarikat terbabit dan penstrukturan semula dijangka mengambil tempoh setahun untuk diselesaikan tanpa membabitkan pembuangan pekerja.


TISB kini memiliki tiga syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu TDM Berhad Group; Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad yang terbabit dalam industri minyak dan gas serta Golden Pharos Berhad yang terbabit dalam sektor pembalakan.

Ia diperbadankan pada 1 Mac 2006 dan agensi yang terbabit dengan TISB ialah Menteri Besar Inc, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga.

Syarikat lain yang diuruskan TISB termasuk Jasa Merin (M) Sdn Bhd yang menyediakan kapal sokongan pesisir pantai dalam sektor industri minyak dan gas; Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd yang mengurus dan mengendali sumber air untuk keperluan domestik dan komersial; Hartanah Terengganu Sdn Bhd dan GPQ Sdn Bhd (sektor hartanah dan pembinaan); Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Ketengah Jaya Sdn Bhd dan Yit Ketengah Perwira Sdn Bhd (sektor pertanian, ladang sawit, ternakan ayam, kambing dan lembu).

Selain itu, TISB turut memiliki Hotel Primula Beach Resort dan Permai Inn serta syarikat pelancongan, YTYI Sdn Bhd, Pusat Perubatan Kuantan (KMC), Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTSH) dan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC); serta Safety Centre Sdn Bhd.

Selama ini rakyat didedahkan bahawa umno BN lah satu-satunya parti yang boleh mentadbir negeri ini dengan baik. Mampu mengurus anak syarikat untuk lebih maju dan untuk kepentingan rakyat.

Orang-orang yang jujur dan orang-orang yang mahir dalam perniagaan sudah lama nampak yang terlalu banyak anak-anak syarikat negeri ini yang bertindih dan bertindang aktivitinya.Malah lebih dasyat dari itu, ada syarikat ini berlawan dan bersaing perniagaan dengan rakyat negeri.Contoh yang paling nyata adalah antara TDM dan ladang Rakyat.
Walaupun TDM ada aktiviti lain, namun masih ada yang bertindih dengan Ladang Rakyat.

Itu Umno BN Terengganu yang cekap dan sedang merakyatkan pembangunan.

Satu soalan cepumas untuk dijawab oleh UBN dan sewaktu dengannya, : Apakah tujuan sebenar penubuhan anak syarikat tersebut? Adakah sekadar untuk memberi jawatan dan gaji kepada pemimpin umno?

6 comments:

Anonymous said...

Apa-apa hal pun syabas kepada kerajaan negeri trg yg ditadbir oleh kerajaan barisan nasional....sekurang2nya sbl ini mereka memberi pekerjaan dan pengalaman serta peluang kepada sebegitu ramai rakyat negeri trg untuk membuktikan rakyat negeri teganu dok komang ( yg koman adalah empunya blog ini, dok wak mnder pong... )Jawapan kepada soalan dinar emas kpd ct koyar : Takat tulis blog buleh la ( budak darjah lima yg buleh laptop pon mampu buat...sebutir wakah pong rasanya dok buat lagi....Apahal pon terima kasih kepada kerajaan negeri terengganu yang memberi peluang kerana terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pembangunan negeri....Teruskan usaha murni tersebut. Beng layang katok wong hok bunying masa musim2 banjir...

KelingPutih said...

Katok wong? are urs perli Ibrahim Ali here?

MinqJinggor said...

Syabas juga diucapkan kepada kerjaan negeri dengan penutupan berpuluh-puluh anak syarikat sekaligus akan berlaku pemecatan kakitangan dan sekaligus juga telah menghilangkan peluang pekerjaan mereka. Rakyat di auta ma kan.

Anonymous said...

Di Negeri Kelantan pula, kemelut dan skandal syarikat2 dan perniagaan2 balak, instutusi2 yang dikawal oleh anak-anak dan menantu Tok Guru, serta exco-exco PAS cuba ditutup rapi supaya diluar pengetahuan rakyat.


Inilah kehebatan kerajaan Tok Guru melebihi kedangkalan kerejaan Tok Said.

Anihnya, Nik Amalina hanya mahu YB Husam meletak jawatan tetapi tidak bersetuju suaminya Ariffahmi letak jawatan.

Bila kepentingan peribadi diutamakan, manusia mudah lupa daratan. Terutama yang berselindung dibawah serban tok guru.

Gajah nampak, semut tak nampak!

Anonymous said...

betul, betul, betul....kata uping dan iping di Kuala Ping.......

Anonymous said...

MingJinggor : Usaha itu akan dilakukan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB), iaitu perbadanan yang menguruskan semua aktiviti syarikat terbabit dan penstrukturan semula dijangka mengambil tempoh setahun untuk diselesaikan tanpa membabitkan pembuangan pekerja. - dok baca ke?...ni org sdiri hok tulih....kalu org laing tulih buta terus kot?.....