Dec 26, 2009

Kereta Rasmi milik Kerajaan Negeri Hilang

SUK dengan tegas menyatakan dia tidak tahu menahu.

14 comments:

al-brangi said...

kena dengan pukau kot.
ke mat saleh monsoon cup bawak balik?

semangatbesi said...

Penyakit hilang dah mula menjadi wabak...

Anonymous said...

Menjelang akhir zaman nanti ayat al-quran hilang tak cerita ke? ulamak2 baik kurang tak cerita ke? banyak lagi benda yg boleh cerita..takat ilang harta dunia apa la sangat....mengaku warak sangat...

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya jangan syok menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.
Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat."Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.

Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.

Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.

Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.

"Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.

Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.
"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.

Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.

Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik.

"Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.

Lebih 300 peserta hadir menyertai konvensyen blogger kali ini.

Mereka terdiri daripada blogger ahli PAS dan bloger menyokong perjuangan PAS.

Turut akan membentangkan kertas kerja hari ini adalah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas zentrum studies dengan tajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

Manakala Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin akan membentangkan tajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'.

CucuTok Fakir said...

Menentang Musuh Islam adalah Wajib,
Teruskan....

Anonymous said...

Jadi orang umno tu musuh islam ke?....maknanya org umno tak islamlah ya...tk pahamlah ....

Anonymous said...

jadinya pas adalah islam dan selain dari pas adalah musuh islam...orang lain selain dari pas adalah tak islam dan musuh?????........yang saya belajar lah kalau tak islam tuu mmg takleh masuk syurga.....

SMTAI said...

Yang islam pun ada yang tak boleh masuk syurga....kena belajar banyak lagi.Ilmu Allah itu sangat luas.

Brahim Sajak Hulu said...

Orang Islam Umno sangat menghormati Al-Quraan, kalau anak-anak letak barang atas Quraan pastinya mereka marah, lepas itu cium dan baca Al-Quraan.
Tetapi apabila BN hina Al-Quraan dengan tidak melaksanakan apa yg di ajar oleh Al-Quraan , org Umno tak rasa apa-apa malahan memberi saham pula dengan mengundi Umno.( tolak Islam tu , musuh islam lah) hok mudah gitu pun tak faham...patut setuju dgn umno pun.

Anonymous said...

Betul ke umno tolak Islam---jadi disini PAS sajalah dalam dunia ni mendokong Islam....orang lain yg tak sehaluan dgn PAS bukan Islam?...... ( Rasanya tak tepat dan betul ) ..kita menunggu imam mahdi muncul sebelum datangnya hari akhir dizaman fitnah ini....orang Islam ramai tapi yang betul2 diumpakan seperti buih ombak dengan lautan luas....kalau PAS berjaya menawan negara...sudah pasti PAS akan menjadi majoritiya sedangkan yang betul2 muslim sejati seumpama buih ombak....macammana dengan Islam itu asalnya dagang dan kembali dagang?.......wallahhualam...

Anonymous said...

Isu yang banyak diutarakan oleh PAS bukannya mengenai perihal keagamaan sangat...lebeh kepada hal yang bersangkut paut dengan kedunia..( Peruntukan kerajaan, minyak, royalti, sapa dapat projek?, sapa yg dapat jawatan tertentu, harga minyak naik, isu kereta dan sebagainya yang melibatkan material......cuba pembaca rujuk balik isu2 yang diutarakan oleh puan ctkays ni? berapa peratus sahaja yang bersangkut paut dengan agama?...

labu-labi said...

Berkata Benar kpd Kerajaan yang Zalim itu juga Islam tuntut.
Zalim Paling Besar - Tidak memerintah mengikut hukum Allah.

Anonymous said...

pas memerintah ikut hukum allah ke?????.........tk nmpak pon....

Penawarrinduku said...

Hukum tertinggi di Negeri Terengganu telah dipinda pada 2003.Al-Quraan sebagai Hukum tetinggi negeri Terengganu.

Baca disini:

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/cb36901c419ea86448257385002c3dc8?OpenDocument