PUTRAJAYA 2 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009, iaitu dari Julai hingga September, menjadikan jumlah pemilih pendatar terkini seramai 11.08 juta.
Menurut kenyataan SPR, DPT suku tahun ketiga mengandungi 81,625 pemilih yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
SPR juga mengeluarkan sebanyak 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar akibat pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya.
"Dengan pengesahan DPT Suku Tahun Ketiga 2009, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2008 adalah seramai 11,085,863 orang,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan akhbar turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu dalam usaha SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.
-Jom pakat buat kerja-
2 comments:
Puan,
1.Ana haraplps ni takdok la lagi HANTU MENGUNDI....
2.Yg sedihnya....hantu muncul bila kalah....bila menang...hantu tak da...
3.Sebenarnya,'HANTU' dlm diri perlu dibuang..barulah boleh dibuang 'HANTU' luar...
adibeta,
kubang kerian,kelantan
Hantu tu ada hati pedal kamu tu....tu yang pagi-pagi kena buang...
Post a Comment