Dec 16, 2009

Bas Cas Ligas, dulu Free le ning kena tambang

Ada orang panggil bas rumah, ada orang panggil bas bandar, ada juga yang panggil bas cas ligas.

Ikutlah nak panggil nama apa pun.

Mulai 1 Januari ini, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bas tersebut yang mula diperkenalkan pada 2007 akan dikenakan tambang RM1 dan RM2.

Caj RM1 dikenakan untuk laluan dari pusat bandar ke Chendering dan laluan ke Taman Tamadun Islam (TTI) manakala RM2 untuk perjalanan ke Batu 6 sehingga Gong Badak.

Bas tersebut kendalian Cas Ligas Sdn. Bhd. anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) turut mengenakan caj serupa ke atas penumpang yang berusia tujuh tahun ke atas.

Sebelum ini bas tersebut menjadi isu kerana tidak mendapat kelulusan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

Saya sendiri sebenarnya tidak pernah menaiki bas tersebut sebelum ini, semetelah pula sekarang ini berbayar lagi tak berminat untuk menaikinya.

6 comments:

pemudabatuenam said...

Keranda bergerak pn jugak orang panggil...:)

Anonymous said...

Bagi free ke org yg tidak tahu berterima kasih buat mnder? Baik bas tu buat trip ketempat lain yang ada terima kasihnya....tupon nasib baik singgit dua...keranda bergeraklah apalah, dah ada orang yang buat supaya benda tu jadi free...syukur jerlah...Tidaklah berterima kasih kamu kepada allah jika dia tidak berterima kasih kepada manusia - maksud hadis.

kelingputih said...

bab nak lepas diri cari hadis, bab merintah negeri dak ikut setarang.

Anonymous said...

Negeri mana cuba woyat yang benar2 ikut dalam mesia ni cuba wayat.....nak berhijrah kalu buleh nii kalu betul2 ikut...byk yg cakap aje dok buat pon...

Anonymous said...

bas ni macam keranda pun ada...
duit royalti banyak pun nak ambik tambang lagi.. sedekah la untuk rakyat ganu...

Anonymous said...

when they talk bad about others,maybe they feel they're gud than others?so typical aite...