Jun 8, 2008

Malang Nasib Jidin dan Nasir

2 orang Adun,kedua-dua adalah ketua bahagian,telah ditukar bertanding di Parlimen dalam pilihanraya umumke-12 yang baru lalu.

Mereka ialah Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri yang dahulunya merupakan Ahli Dewan undangan negeri Bukit Tunggal,kini telah dipindahkan ke Parlimen Kuala Nerus.Beliau agak bernasib baik berpindah ke Parlimen,kalau kekal di Dun sudah tentu beliau akan tewas kepada calon PAS Dr Alias razak.

Seorang lagi ialah Mohd Jidin bin Shafee yang dahulu merupakan Adun Permaisuri kini ditukarkan ke Parlimen Setiu.Beliau juga sebelum ke Parlimen merupakan exco kerajaan negeri.

Mohd Nasir sebelum ini dikatakan akan bertanding di Seberang Takir(tempat asal beliau) dan dijangka akan menjadi exco kerajaan negeri selepas PRU ke-12.Namum andaian tersebut "menjadi meleset" selepas keputusan Semua umno Bahagian telah di ubah oleh 2 kepala iaitu Idris dan Rosol.

Difahamkan ketika memujuk kedua-dua ketua Bahagian ini untuk bertanding Parlimen, mereka telah dijanjikan paling tidak timbalan menteri.Ketua perhubungan dan Setiausaha umno negeri berjanji akan melobi PM supaya mereka ini dilantik ke kabinet.Hanya mereka berdua sahaja sebagai ketua bahagian yang bertanding parlimen.Harapan mereka amat cerah.
3 orang Ketua bahagian lagi iaitu Tg Putera, Rahman Bakar dan Rosli Hasan telah di 'potong ' nama oleh Idris dan Rosol.Tujuan pemotongan tersebut adalah kononya untuk membuka ruang yang lebih luas kepada Nasir dan Jidin.

Namum kini semua sudah berlalu, kita semua sudah tahu , bukan hanya mereka berdua yang bernasib malang malahan ketua perhubungan dan setiausaha perhubungan (kedua-dua bekas) lebih malang dan lebih parah dari itu.

Dalam keadaan kedudukan yang tidak stabil, Abdullah badawi telah melantik Ahli Parlimen Kuala Terengganu, yamg tiada jawatan penting dalam Umno Terengganu sebagai timbalan menteri dan Ahmad Sabery Cheek ketua penerangan ( juga bekas) sebagai menteri penerangan.
Sudahlah Nasir dan Jidin di keluarkan dari Negeri, sampai ke pusat juga mereka tidak pandang pun oleh Abdullah Badawi."Abdullah Badawi langsung tidak mengambil kira hiraki parti dalam membuat pertimbangan melantik ahli Kabinet" rungut Hj Ismail Nik ,seorang pesara awam yang merupakan pengikut setia Nasir dari kg Gong Pauh, Seb . Takir.


Sementara Jidin pula mengalami nasib yang sama, dari seorang exco kini hanya menjadi ahli Parlimen biasa.Sangat tidak patut rasanya .

Namum begitu, ruang bagi mereka berdua untuk masuk Kabinet masih terbuka. Mereka boleh menyertai pakatan Rakyat dan sudah pasti mereka akan masuk kabinet kerana hanya mereka berdua yang mewakili negeri Terengganu dalam Parlimen.Sudah tentu pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan memilih ahli Kabinet mengikut pecahan negeri.
-Fikir fikirlah-

5 comments:

Anonymous said...

datuk wan farid tu bukang ketua bahagiang ke?

Anonymous said...

Dato' Wan Farid adalah ketua Bahagian yang tidak dicalonkan dalam PRU ke-12, beliau dilantik timbalan menteri selepas dilantik sebagai senator

Anonymous said...

Sabar je lah Jidin dan Nasir, Adun kami pun Mat Said Tak lantik exco, nak wat guani loh......

Anonymous said...

cerita rekaan yang sudah lapuk. baik jaga anak murid awak lagi baik.

Anonymous said...

ada orang terasa ke?
minyak naik dan naik minyak lah gaya nya