Jun 2, 2008

SUKMA 2008- Sayang seribu kali Sayang


Sukan Malaysia ke-12 atau SUKMA ke-12 telah dirasmikan oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 31 Mei 2008 dalam suasana yang penuh gemilang dan amat bersejarah.



Komplek sukan Negeri yang bernilai RM450 juta itu kini telah digunakan untukn tujuan SUKMA ke-12 itu.Walaupun sebelum ini semua yang terlibat amat yakin bahawa kontraktor yang terlibat dapat menyiapkannya mengikut jadual yang telah ditetapkan, namum hakikatnya kompleks yang bernilai RM450 juta itu tidak dapat disiapkan sebelum SUKMA 12 bermula.


Komplek yang mempunyai satu stadium utama, satu stadium tertutup, padang hoki, padang bola, padang ragbi dan beberapa padang lain.


Dengan kos yang besar dan perancangan yang sangat menarik ( di baca membazir) itu sepatutnya peserta SUKMA dan rakyat sepatutnya dapat melihat suatu komplek yang lebih menawan.
Namum hakikatnya apabila berjalan dengan kenderaan mengelilingi sekitar kompleks tersebut kita akan merasa amat keciwa dengan kegagalan kontraktok yang dilantik gagal menyiapkan komplek tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.


Kita imbas kembali ucapan mantan MB Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh didalam membentang belajawan Terengganu 2008 :

"Kompleks Sukan kita akan siap dan dapat digunakan pada awal tahun 2008. kemudahan-kemudahan ini dijangka siap sepenuhnya untuk SUKMA 2008. Saya percaya kegiatan dan tahap pencapaian sukan kita akan meningkat berikutan siapnya Kompleks Sukan yang indah dan hebat ini. "

Kemudian kita imbas pula komen MB baru Dato(belum seri) Ahmad Said ketika mebuat lawatan ke kompleks sukan tersebut pada 31 mac 2008 selepas beberapa hari di lantik sebagai MB :
"Ahmad Said bagaimanapun berbangga kerana kontraktor tempatan yang diberi tanggungjawab membina kompleks sukan tersebut mampu melaksanakan tugas mengikut jadual."




Antara sempat dicatat beberapa kegegalan kontraktok sebelum perasmian adalah seperti berikut:
1. Landskap luaran komplek- yang hanya dipenuhi timbunan tanah.
2.Trek olahraga stadium utama
3.Lampu stadium utama
4.Padang Bola C
5. Surau Satdium utama.



Kekecohan perniaga akibat beberapa kelemahan penganjur karnival beberapa hari perasmian SUKMA ke-12 di Kompleks Sukan juga sedikit sebanyak telah mencemar imej SUKMA ke-12 itu sendiri.
Corat-Coret Sukma XII Terengganu (di petik dari akhbar arus Perdana)
Surau stadium belum sempurna
MERCU tanda terbaru Terengganu, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak masih ada kekurangannya. Ini berikutan surau di tingkat dua berhampiran dengan Pusat Media Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin masih belum siap sepenuhnya, namun terpaksa dibuka untuk kegunaan pihak media dan orang ramai. Dalam keadaan serba kekurangan itu, terpaksalah juga pihak media menggunakannya


Pengotor cemar kompleks RM450j
SAMA seperti keadaan dalam stadium, keadaan di luar tidak kurang bezanya jika diperhatikan dengan teliti.
Sampah merata-rata walau pun Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) telah menyediakan tong sampah beroda setiap lima langkah berjalan kaki.
Namun, sikap sambil lewa pengunjung yang tidak mementingkan penjagaan alam sekitar telah memburukkan keadaan serta wajah terbaru mercu tanda itu.

Lewat gigit jari
SIAPA cepat dia dapat. Ungkapan ini tepat untuk mereka yang ingin mendapatkan makanan percuma di kafetaria yang disediakan khas untuk pihak media di tingkat satu.
Jika terlambat, pastinya petugas media dengan krew yang paling ramai akan ‘mendahului’ rakan-rakan lain untuk menyapu bersih apa yang dihidangkan.
Untuk itu, terpaksalah petugas media yang kempunan makan di kafetaria berjalan kaki selama 15 minit di bawah terik matahari ke warung berdekatan padang hoki. Nasib baik harga makanan yang dijual tidak begitu tinggi.

Asap rokok ganggu petugas
LORONG ke pusat media di Stadium Sultan Zainal Abidin menjadi tempat lepak untuk beberapa petugas media melepaskan gian menghisap rokok.
Bagi yang tidak menghisap rokok, laluan itu seolah-olah sebagai satu laluan ke akhir nyawa kerana terpaksa menghidu asap ‘second hand’ selama 2 hingga 3 minit berjalan dari lif ke bilik petugas media.
Tulisan ini tanpa mengambil kira komplek kolam renang , Stadium negeri, stadium hoki MBKT yang diberita belum mencapai 100% siap juga.
Akhirnya, tanpa prejudis amatlah diharapkan agar komplek yang sangat cantik dan menarik ini tidaklah menjadi gajah putih seperti mana gelanggang silat yang satu ketika dulu ianya telah menjadi putih dari gajah putih.Gelanggan silat telah ditukar kepada gerbang sukan Negeri dan disitu ditempatkan pejabat majlis Sukan Negeri terletak diseberang jalan Padang bola A kompleks sukan Gong badak

No comments: