Majlis konvensyen yang diadakan pada 14 Jun, bertempat di Dewan utama Terengganu Equestrian Resort [ TER]. Walaupun kehadiran tidak seperti mana yang dijangkakan, namum majlis tersebut berjalan dengan sempurna.
Menariknya program telah di rasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim ibni Tengku Ismail Nasaruddin Shah, bapa saudara kepada kebawah Duli Yang maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Maizan Zainal Abidin.
2 kertas kerja telah dibentangkan.kertas kerja Pertama oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan yang juga bekas pengerusi Petronas.Sementara kerta kerja kedua telah di bentang oleh Yng Berbahagia Tun Salleh Abas, bekas ketua Hakim Negara.
Kebetulan pada hari itu juga PM telah datang ke Terengganu, sekali gus mengumumkan bahawa pengurusan royalti Terengganu 5% diserah kembali kepada Kerajaan Terengganu.
Saya yang berkesempatan hadir bersama suami sehingga majlis disempurnakan amat bersetuju dengan pandangan yang diberi Dato' Mustafa Ali agar MAMPAT hendaklah bersih dari pengaruh dan dikuasai oleh parti politik.MAMPAT juga jangan sesekali membezakan parti-parti politik didalam berurusan dan melaksanakan aktiviti untuk kebaikan rakyat Terengganu.
Oleh itu secara peribadi, saya mengharapkan agar MAMPAT tidak dilibatkan oleh orang-orang yang ada jawatan dalam politik baik kerajaan atau pembangkang.Biar apa pun jawatan samada penaung, penasihat atau AJK MAMPAT.Mereka -mereka yang ada jawatan dalam parti seharusnya mengambil ketetapan samada untuk memimpin MAMPAT atau melepaskan jawatan didalam MAMPAT.Apa yang saya nampak [mungkin saya silap] beberapa orang yang memegang jawatan dalam parti juga meruapkan penggerak utama MAMPAT, malah ada bekas calon PRU ke-12 memegang jawatan utama MAMPAT.
Supaya MAMPAT dapat berjalan bersendirian tanpa dipengaruhi oleh tangan-tangan politik, elok sangat rasanya MAMPAT dibersihkan dari orang-orang politik.
No comments:
Post a Comment