Jun 6, 2008

Selamat datang Ku Li Ke Hulu Terengganu


Bekas menteri kewangan Malaysia, yang juga bekas calon Presiden Umno yang pernah melawan Tun Mahatir Mohamad seketika dulu diberitakan akan datang ke Hulu Terengganu.

Menurut sumber itu lagi, Ku Li akan datang ke Kuala Berang pada jumaat 13 jun 2008, iaitu sehari sebelum beliau membentangkan kertas didalam majlis konvensyen Royalti yang akan diadakan di TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT (TER) Kuala Ibai yang dianjurkan oleh sebuah ngo's MAMPAP.Suka juga dimaklumkan program tersebut akan di rasmikan oleh Pengerusi Penasihat Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.


Ku li dijangka akan mengadakan majlis perbincangan kearah memantapkan umno yang kini parah dilanda gelombang hasil buatan mereka sendiri.Majlis tersebut dijangka akan diadakan di rumah rehat Daerah Hulu Terengganu.

Menurut jurucakap pemganjur majlis tersebut, saudara Aziz Ahmad, semua pimpinan tertinggi Umno Hulu Terengganu akan hadir pada majlis tersebut.Ini bermakna ketua bahagian, Timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, bendahari, setiausaha, Ketua Penerangan, serta ketua 3 sayap pemuda,wanita dan puteri akan hadir di majlis santai petang jumaat bersama Ku Li.

Kalau tidak silap, encik Aziz Ahmad bukan AJK umno Hulu Terengganu, beliau rasanya pernah menjadi calon S46 sebanyak 2 kali didalam pilihanraya umum.kali pertama encik Aziz Ahmad bertanding diatas tiket S46 ialah pada tahun 1990 menentang Dato' Ahmad Sidi Ismail, kemudian pada tahun 1995 sekali lagi beliau bertanding atas titek yang sama menentang Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Semua sedia maklum Ku li telah menawarkan dirinya untuk bertanding merebut jawatan Presiden Umno bagi menentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Apakah Umno Hulu Terengganu telah menggunakan Encik Aziz Ahamd untuk berselindung bagi menyokong Tengku Razaleigh?Atau adakah Ku Li sendiri menggunakan Aziz Ahamd untuk beliau masuk jarum di Hulu Terengganu?atau encik Aziz Ahmad sendiri yang mengambil peluang untuk memikat hati umno Hulu Terengganu bagi menyokong Ku Li, Aziz mungkin masih menaruh cita-cita untuk mengangkat boss nya ( Ku Li)untuk menjadi PM suatu hari nanti selepas percubaan mereka melalui S46 hancur lebur selepas S46 itu sendiri dibunuh oleh Ku Li dan Rais yatim.

Apa yang menjadi pertanyaan sekarang, apakah kesan kepada 2 pemimpin utama Umno Hulu Terengganu, Tg Putera dan Yb Rosol.walaupun YB Rosol cuba menyebunyikan sesuatu, namum hakikatnya semua orang Hulu tahu, yang beliau ketua bahagian sekarang sangat tidak secocok dan tidak cocok untuk bersama.

Apakah dengan kehadiran Ku Li di Kuala Berang 13 Jun ini bakal melihat suatu senario baru politik umno Hulu?Apakah dengan kehadiran Ku Li juga mungkin dapat merapatkan kembali ku Tera dan Rosol? kita tunggu, kita lihat....Selamat datang Ku Li...

No comments: