Jun 28, 2008

Sekalung tahniah Kepada TG Hj Hadi

Dalam kesibukan Tuan Guru Hj abdul Hadi Awang sebagai presiden, sebagai Ahli Parlimen Marang, sebagai Adun Rhu Rendang, sebagai Tok Guru, sebagai Jawatankuasa induk Gerakan Islam antarabangsa serta juga sebagai penulis kitab masih berkesempatan menerima undangan ke luar negara.
Disamping kuliah tetap di Masjid peninggalan ayahanda beliau di Rusila, beliau sebelum ini menyampaikan kuliah tafsir setiap malam khamis(rabu malam) di Masjid At-Taqwa Pekan Enam, Kuala Terengganu.Namum begitu dengan suasana dan perkembangan terkini, selepas pilihanraya umum ke-12, kuliah tafsir tersebut telah dipindahkan ke Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
Sementara itu sebelum ini setiap sabtu ( malam ahad) awal bulan beliau menyampaikan kuliah maghrib kitab Ma'lim Fi Tariq( Petunjuk Sepanjang Jalan) tulisan As-Syahid Sayid Qutb, di Markas Tarbiyah, Taman Melewar,Kuala Lumpur.Menurut sumber yang terlibat dengan kuliah tersebut kini diberitakan ditangguh sementara kerana urusan membaikpulih dewan utama markas tersebut.Tuan Guru juga dijadualkan akan mengadakan kuliah maghrib di sebuah masjid di negeri Selangor.

Perkembangan mutakhir ini, sesuatu yang mengembirakan masyarakat Hulu Terengganu,Tuan Guru dijangka akan menyampaiakan kuliah di Pekan Kuala Berang, seminggu sekali bermula akhir Julai ini.Menurut berita yang diterima dari guru-guru yang rapat dengan "Rumah Hijau Kuliah di Kuala Berang ini hanya akan disampaikan oleh Tuan Guru ketika sidang Parlimen tidak berjalan.Kalau program ini berjalan seperti yang rancang, Tuan Guru akan menyampaikan kita Mustikal Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri.


Ini lah satu peluang besar kami di Hulu Terengganu untuk mengikuti kuliah Tok Guru secara dekat dan berkala.
Terima kasih diucapakan kepada Tok Guru, syabas kepada PAS Hulu Terengganu diatas usaha ini.Diharapkan kuliah ini mendapat habahan yang menyeluruh bagi masyarakat Kuala Berang dan sekitarnya.
Pagi ini 27 .6.2008- Diberitakan Tok Guru berangkat Ke United Kingdom atas jemputan Gerakan Islam dan pelajar Islam disana.


Ingat-ingatlah....

No comments: