Jun 10, 2008

Kenapa Bendahari Umno Terengganu tak letak jawatan ?

Sebaik sahaja Dato' Seri Idris Jusoh meletakkan jawatan sebagai pengerusi perhubungan umno Terengganu, setiausaha dan ketua penerangan umno negeri terus mengambil tindakan yang sama dengan alasan mereka telah dilantik oleh Idris Jusoh dan untuk memberi peluang kepada ketua perhubungan yang baru melantik mereka-mereka yang boleh berkerjasama dengan beliau.

Memang semua maklum bahawa 2 jawatan tersebut dilantik oleh ketua perhubungan sebagai talirantai untuk bekerja kepada parti umno.Satu lagi jawatan penting yang dilantik oleh ketua perhubungan ialah penjaga akaun parti iaitu bendahari.Jawatan bendahari umno Terengganu sekarang disansang oleh bekas exco, Dato' Haji Wan Hisham B. Dato' Wan Salleh.Beliau adalah calon BN yang tewas kepada bekas pegawai kewangan negeri Dato' Tengku Hassan Tengku Omar dalam pilihanraya ke-12 baru lalu.



Sebelum ini bekas exco ini telah heboh diperkatakan orang, tentang bagaimana sebuah syarikat yang sedang melaksanakan projek kerajaan telah pada masa yang sama menyiapkan rumah beliau, ini ditambah dengan kata-kata isteri beliau " rumah ni, orang tolong siapkan".Kemudian selepas itu bekas exco ini juga telah mengadakan majlis perkahwinan anak beliau yang sangat besar malah sesetangah berpendapat bahawa majlis itu mengalah majlis perkahwinan era fazira & Yusri, juga Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Jiwa, juga ada yang berkata ianya lebih hebat dari majlis perkahwinan kerabat Istana.Majlis tersebut diadakan di Heritage Bay Club (Kelab Teluk Warisan) secara tertutup, ekslusif dengan gilang gemilang dan dihiburkan dengan persembahan para artis disponser 100%.



Apa yang menarik sekarang, kenapa Dato' Haji Wan Hisham B. Dato' Wan Salleh tidak mengikut jejal langkah setiausaha dan ketua penerangan negeri untuk meletak jawatan selepas menyedari yang mereka dilantik oleh Idris Jusoh.Sebuah blog pro kerajaan Terengganu pimpinan Dato'Ahmad Said [ DAS ] sebelum ini ketika mengulas perletakkan jawatan oleh setiausaha dan ketua penerangan umno negeri, secara sinis bertanya " bendahari bila lagiiii?".

Difahamkan, kewangan umno Terengganu sangat banyak dan hanya Dato' Wan Hisham sahaja yang tahu dan mampu untuk menguruskannya . Ini melibatkan juga beberapa syarikat dan individu tertentu yang berada diluar umno hanya mahu berurusan dengan beliau sahaja.

Bekas setiausaha yang merupakan adun bekas exco sangat faham perkara ini...Faham-fahamlah...


2 comments:

MEgAt PaNjI ALaM said...

Patriks Lim yang sponser majlis kawin anak dia....kita peduli apa.
Yang baiki rumah dia pun syat induk yg buat taman tamaddun, kita peduli apa....tapi bila minyak naik jadi rm2,70deliter, aku kena peduli, teruk lah...gini walaupun naik motor, gaji aku cuma RM15 sehari ma....kerja kedai makan...kita kena peduli ma..

cucu tok gaung said...

barangkali dia nok tunggu keputusan mahkamah petisyen pilihanraya umum 12 dun ladang. dia confident menang kot. base muka dok malu!!!