Ke mana perginya RM2.2 bilion royalti minyak yang tidak diterima oleh Terengganu? -->-->
Persoalan itu dibangkitkan oleh Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) memandangkan negeri itu hanya menerima RM5.2 bilion dari RM7.4 bilion royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh Terengganu.
Persoalan itu dibangkitkan oleh Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) memandangkan negeri itu hanya menerima RM5.2 bilion dari RM7.4 bilion royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh Terengganu.
Ketika berucap di Dewan Rakyat semalam, Pengarah Strategik PKR itu menuntut Kerajaan menjelaskan secara terperinci perbelanjaan wang hasil royalti minyak kepada Terengganu bagi memastikan ia dibelanjakan secara adil.
Menurut beliau, berdasarkan statistik, dari 2004 hingga 2008 sebanyak RM7.4 bilion hasil minyak disumbangkan kepada Terengganu.
Bagaimanapun, menurut Saifuddin, untuk tempoh empat tahun itu, negeri berkenaan hanya menerima RM5.2 bilion.
Ke mana perbezaan sebanyak RM2.2 bilion ini? Kita perlukan penjelasan, katanya.
Katanya, perkara itu dibangkitkan supaya setiap ringgit wang hasil negara diagihkan secara adil.
Beliau juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memastikan dana-dana yang diperuntukkan bagi meningkatkan industri pertanian dan pengeluaran makanan negara dimanfaatkan sepenuhnya untuk menangani kemiskinan di kalangan petani.
No comments:
Post a Comment