Jan 23, 2010

Umno Terengganu : antara Kaliamah Allah dan Roboh Rumah Allah.

Malas nak tulis banyak-banyak.
Hanya meluahkan melalui gambar.
Hipokritnya mereka ini. Lihatlah


Di Kuala Terengganu, Umno habis-habisan mempertahankan Kalimah Allah




Di Bujal, Kemaman, Umno mati-matian arah Pejabat Tanah Daerah Robohkan Rumah Allah



Inilah 2 wajah umno / BN Terengganu. Hidup penuh kepura-puraan, mengambil kesempatan untuk kepentingan politik sempit itu.

8 comments:

dugo said...

Rumah Allah Islam atau Rumah Allah Kristian?

Anonymous said...

Macam nak roboh Bazar Tok Guru aje. Atau rumah menantu nya Ariffahmi kot.

Gambar tanpa penerangan macam ini yang menimbulkan fitnah!

Adakah yang dirobohkan itu bangunan yang telah dibina dengan mengikut peraturan undang2 dan mendapat kelulusan pihak berwajib terlebih dahulu atau dibina secara haram?

Tidak kira sama ada bangunan itu tokong, kuil, surau, kedai, rumah setinggan atau sebagainya, jika dibiarkan dibina tanpa mengikut peraturan atau kelulusan kerajaan, maka tiadalah kawalan dan mengalakkan bangunan2 haram dibuat sesuka hati. Lebih2 lagi kaum hindu suka sangat buat temple segera di merata2 tempat termasuk di atas tanah persendirian dan kerajaan.

Sebelum cerita ini menjadi fitnah, silalah puan berikan maklumat fakta2 dulu ya.


Supaya tak jadi fitnah!!!!

dugo said...

Yang gambar di atas tu, apa salahnya mereka mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik.

Saya percaya kalau surau itu dibangunkan secara sah dan mendapat kelulusan pihak berwajib, sudah tentu mereka juga akan menentang perobohan Rumah Allah (Islam) ini dan kita sesama umat tidak seharusnya mencurigai keikhlasan mereka.

Tapi puan, Khalid Samad, Dr Zul, Anwar Ibrahim yang terang2 menyokong kalimah Allah disalahguna oleh Paderi Parkiam dan Gereja Kristian, seolah2 dibuat2 bisu oleh puan.

Apakah puan tidak setuju dengan Zulkifli Nordin dan Dr Haron Din?


Oh, puan terus keliru, saya lupa.

Anonymous said...

Tajam menikam sindiran puan.
Pasti sekali ada yang tersa.
Syabas, teruskan....

Anonymous said...

nak buat masjid bukan aci main buat je... masjid dirar kena roboglah.. memecahkan perpaduan..

Anonymous said...

Masjid yg dibuat untuk menunjuk-nunjuk pulak mcmana bang?

Anonymous said...

.Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :

Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid."

Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man. Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Menelan belanja kira-kira RM250 juta. Pembinaannya diserahkan kepada Patrick Lim.

Setakat ni tiada penghuni di pulau ni dan spesis yang tinggal di sini pada ketika ini adalah bewok (biawak) dan kera.

Kalau Idris Jusoh memberi alasan perobohan Masjid Desa Makmur Kijal kerana tiada penghuni pun di situ, maka masjid kristal itu sendiri didiami oleh bewak dan kera menjadi alasan ianya layak dibina.

Apa pun alasannya projek masjid kristal ini adalah bertujuan:-
- Untuk pelancongan.
- Untuk mewujudkan projek kepada Patrick Lim (dengan habuan)
- Untuk bermegah-megah.

Lalu kita renungkan dengan hadith yang tertera di atas....

Huraian Ridzuan:

Asas kepada pembinaan sesebuah masjid adalah merujuk kepada pembinaan masjid di zaman Rasululah s.a.w yang mana pembinaan masjid pada ketika itu bukanlah untuk bermegah-megah atau ingin menunjukkan kepada seluruh dunia kemampuan seseorang dalam membina masjid..

Di zaman Rasulullah s.a.w juga kedapatan seorang manusia yang bergelar Islam tetapi MUNAFIQ iaitu Abdullah bin Ubai..Ketua munafiq ini juga membina masjid bahkan masjid yang dibinanya lebih indah daripada masjid yang didirikan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w..Tetapi asas kepada pembinaan itu bukanlah atas dasar takwa kepada Allah S.W.T..

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan pendapat anon 2:37 kerana skandal masjid kristal dan isu2 lain yang berkait dengan kebodohan Pak Lah, maka UMNO telah mengambil tindakan untuk menyingkirkan Pak Lah sebagai PM.


Tapi bagaimana dengan isu Rumah Allah Islam di atas? Apakah dibina dengan mengikut peraturan pihak berwajib?