Jan 23, 2010

Siti Faridah Bertaubat di Masjid Rusila 6


BAB 2 - PENYAKIT YANG BAIK - Bah.5

" Ah , sayapun mahu minta maaf juga. Ketika saya mula pertamakali melihat Cik Faridah di Masjid Rusila ini, saya sangat berasa benci, kerana semua orang berpakaian menutup aurat mengikut Islam, namun Cik Faridah berani masuk masjid dengan pakaian tidak senonoh. Sekarang saya sedar Cik Faridah telah menjadi orang yang baik, beriman secara wajar, sedar kerana memahami dan kerana berilmu. Cik Faridah menjadi orang beriman kerana pengertian, kerana faham pengajian dari Tok Guru, kerana Cik Faridah takut kepada Tuhan, bukan kerana berpura-pura orang baik, bukan kerana malu dan segan kepada kita semua. Berilah saya maaf......" Kata Puan Zahara pula.

Kami telah merupakan sahabat dan kadangkala lebih dari saudaramara yang sangat dekat. Pertemuan kami di masjid Rusila, yang bermula dari dua pihak yang salah anggapan, salah duga dan saling mencurigai, berkat pengajian dari Tok Guru yang kami ikuti dengan bersungguh-sungguh telah menjadikan kami bersaudara dalam erti yang sesungguhnya.


Nota- Bab seterusnya ada lah bab 3- Saya bertaubat.

No comments: