Selepas 14 tahun menanti, penduduk Kampung Gong Nangka mengharapkan supaya status permohonan tanah pertanian dan lot kediaman di kampung berkenaan diselesaikan segera.
Masalah yang berlanjutan sejak 1996 itu menyebabkan penduduk kini terus mengharap disebabkan status permohonan masih tidak diketahui.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gong Nangka, Abd Halim Abu Bakar berkata, permohonan yang terlalu lama menyebabkan penduduk kini masih tertanya-tanya serta sering diutarakan dalam mesyuarat JKKK berkenaan.
“Kebanyakan pemohon adalah orang susah dan masih ada yang tidak mampu membuat rumah sendiri kerana tiada tanah, sebab itu kami mengharapkan Pejabat Daerah Marang dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.
“Masalah ini membabitkan ramai penduduk iaitu kira-kira 200 keluarga, yang kebanyakannya memohon untuk memajukan tanah pertanian dan lot kediaman, justeru, saya harap pihak berkenaan dapat menyegerakan permohonan mereka,” katanya.
Menurutnya, kawasan cadangan berkenaan adalah di Bukit Tanah Lot Gong Nangka dan ia bukan sahaja membabitkan penduduk kam�pung itu tetapi juga penduduk kampung lain.
Abd Halim berkata, cadangan sebelum ini turut membabitkan pemberian tanah untuk pengerusi dan bekas pengerusi JKKK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang masih belum mempunyai tanah sebagai penghargaan di atas sumbangan selama ini.
“Saya percaya, sekiranya masalah tanah ini dapat diselesaikan segera, dalam tempoh lima tahun, masalah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung ini dapat diselesaikan kerana tanah yang ada dapat diusahakan untuk menjana pendapatan.
“Pada masa sama, mereka yang tidak mempunyai rumah dapat membina kediaman sendiri, seterusnya mengatasi masalah rakyat tidak berumah,” katanya
Ctkay's - Macamanalah jadi macam tu, sedang PTG Terengganu telah dianugerahkan sebagai PTG terbaik seluruh Malaysia...KSU kena check perkara ini.
No comments:
Post a Comment