Jan 14, 2010

Siti Faridah Bertaubat di Masjid Rusila 3

BAB 2 - PENYAKIT YANG BAIK - Bah2




Sudah pula menjadi amalan bagi saya sesisi rumah sejak beberapa masa kebelakangan ini, sembahyang subuh, maghrib dan isyak berjamaah dengan suami dan anak-anak saya. Oleh kerana itu, adalah kewajipan saya membangunkan anak-anak saya supaya mereka menunaikan ibadah subuh bersama ayahnya dan saya sebagai ibunya.

Kini munculah pula pagi Jumaat yang mulia, yang selalu saya rindui, yang selalu saya hargai dan yang selalu menjadikan diri saya lebih mulia dari hari-hari yang lain, kerana hari inilah sekali dalam seminggu, saya dapat sepenuh hati dan sepenuh masa mengikuti pengajian di masjid rusila yang disampaikan oleh Tok Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang.

Setiap pagi jumaat itu, saya merasa diri saya lebih bernilai dan hati saya merasa lebih lega serta lebih lapang dari hari-hari yang lain kerana memang saya bersedia dan selalu berjaga-jaga menanti kedatangan hari juamaat itu, dengan gelora penyakit tidak sabar yang saya kemukakan tadi.

Menjelang pukul lapan pagi, saya sudah berada d ikawasan Masjid Rusila. Saya berikhtiar mencari tempat duduk dibarisan hadapan, yang terdekat kepada tempat pengeras suara, supaya semua pengajian yang disampaikan Tok Guru dapat saya ikuti dengan teliti dan seksama.

Saya berada diantara ribuan muslimat dan muslimin yang tekun mengikuti pengajian di masjid Rusila dan saya menyertai jamaah yang besar dan that itu, mendoakan keselamatan dan kesihatan serta kebahagian Tok Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, agar beliau diberi Allah senantiasa rahmat dan nikmat yang sewajarnya, sehingga beliau tidak tergendala melanjutakan pengajian untuk kita semua.

Satu jam menjelang pengajian dimulai, adalah satu perjalanan masa yang penuh erti, jika dia digunakan dengan sebaik-baiknya. Saya menggunakan masa itu, untuk saling berkenalan dengan kaum wanita sejenis saya, yang duduk berdekatan dengan saya. Setiap pagi jumaat saya mendapat teman baru, mendapat kenalan baru.

Saya dapati kaum wanita yang menjadi kenalan saya itu, datang dari pelbagai pelosok kampong dan kota, dari berbagai negeri dan daerah. Mereka juga dari pelbagai peringkat lapisan masyarakat, ada isteri kepada orang-orang kampong yang that, hidup rukun dan damai, ada pula isteri orang-orang berniaga yang sering mengalami untung dan rugi, ramai pula isteri dari orang-orang kenamaan dan berbagai peringkat corak hidup, isteri orang-orang berpangkat dan orang-orang yang tergolong berada.

Bersambung……

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum kak...betul ke gambar tu gambar akak?....akak dah tak berpurdah lagi ke?

Anonymous said...

nampak gambar macam dalam rumah je,

Budak Pondok Lubok Tapah said...

Yang disuruh tutup aurat, tak pakai purdah pun tak apa asal jangan dedah aurat.