Presiden PAS
Kami telah dijemput sebagai mewakili parti masing-masing dan individu dalam Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada 21 Januari 2010.
Laporan beberapa akhbar harian pada 22 Januari 2010 telah menyatakan sebagai berikut :
“Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.
Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia”.
Apa yang tidak dinyatakan di dalam laporan berkenaan ialah pendirian konsisten kami bahawa :
1-Penggunaan kalimah nama ”Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam, dengan bersumberkan dalil Al Quran dan As Sunnah serta pandangan ulama muktabar.
2-Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana.
3-Berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu.
Penggunaan kalimah “Allah” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
Oleh itu, satu garispanduan penggunaannya perlulah diwujudkan.
Kami juga ingin menyatakan bahawa sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah, dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan diakhir sesi muzakarah berkenaan.
Kenyataan Media oleh Tiga Panel Muzakarah Pakar :
Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Dr Mohd Nur Manuty
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mantan Mufti Perlis
22 Januari 2010

5 comments:
Saturday, 23 January 2010
MUZAKARAH PAKAR; HJ HADI, NUR MANUTY DAN ASRI MASIH TAK FAHAM-FAHAM
BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM
Sebelum memberi komen tentang hasil 'Muzakarah Pakar' tentang Kalimah ALLAH yang diselia IKIM, ingin dijelaskan bahawa penilaian bebas dibuat hanyalah berdasarkan sumber bacaan yang ada di media tentang isu berkaitan.
Tajuk Muzakarah ialah, “Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya”.
Jika diperhatikan tajuk tersebut betul-betul, ianya memberi maksud muzakarah mahu menentukan samaada Terjemahan ‘God’ di dalam bible sebagai Allah seperti yang mahu dibuat oleh kafir Kristian Katholik Herald itu, adakah ianya betul atau salah.
Kata sepakat yang kemudiannya dibuat oleh Muzakarah ialah; “penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada ‘God’ tidak tepat”.
Demikian lah kesepakatan Muzakarah yang kemudiannya merangka untuk menjelaskan kepada kaum kafir Kristian dan lain-lainnya yang telah salah menerjemah itu untuk membetulkan terjemahan mereka yang salah.
PERSOALANNYA;
Mengapakah ‘kumpulan 3-pakar’ iaitu Hj Abdul Hadi, Nur Manuty dan Asri kemudiannya bersikap defensif dan apologetik dengan mengeluarkan Kenyataan Media mereka pula seperti di bawah yang tidak berkaitan dengan permasaalahan yang dijadikan tajuk Muzakarah ?.
Muzakarah hanya memutuskan bahawa TERJEMAHAN ‘God’ di dalam bible sebagai Allah adalah tidak betul.
Ulang sekali lagi, TERJEMAHAN !.
Mengapa pula isu PENGGUNAAN terjemahan, ulang sekali lagi PENGGUNAAN TERJEMAHAN pula yang ditangisi, merungsingkan dan dimuzakarahkan secara sendiri-sendirian oleh Kumpulan 3-‘Pakar’ tersebut ?.
Menerjemah dan menggunakan terjemahan tidak sama. Ulang sekali lagi, MENERJEMAH DAN MENGGUNAKAN TERJEMAHAN TIDAK SAMA.
Yang jelas ialah terjemahannya adalah salah. Maka jika TERJEMAHAN sudah salah di manakah di atas dunia ini (where on earth !!?) wahai tuan-tuan yang ‘pakar’ yang mengajar kepada MEMBERI GARISPANDUAN untuk PENGGUNAAN TERJEMAHAN YANG SALAH ?. Hanya Yahudi dan Kristian sahaja yang mengajar kerja-kerja bathil "GARISPANDUAN PENYALAHGUNAAN" sebegini !.
Adakah kita mahu mengikuti sunnah Yahudi dan Kristian wahai tuan-tuan 3-'pakar' ?.
Adakah arak yang jelas haram dan salah pada hukum syara' memerlukan garispanduan untuk penggunaannya ?. Adakah arak boleh digunakan secara bertanggungjawab sebagaimana terjemahan yang salah boleh digunakan dengan bertanggungjawab mengikut pandangan 3-'Pakar' ini ?.
Fikir-fikirkan lah..
Firman Allah subhanhu-wa-ta'ala, maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah, sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa. (13)"
[Surah Al-Mumtahinah]
WALHAMDULILLAHI-RABBIL-‘ALAMIIN
TokPakir
3-Pakar:
Penggunaan kalimah “Allah” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
Oleh itu, satu garispanduan penggunaannya perlulah diwujudkan.
Komen: Kalau mencuri itu salah, macam mana nak menyuruh pencuri itu melakukan pencurian dengan bertanggung-jawab!
Mewujudkan satu garispanduan mencuri (penterjemahan yang salah) adalah satu lawak!
hj hadi memangla... peluk dah lit kit siang kan dok kan dok ingat... aku sampai mampus dok anggap hj hadi tu tok guru...
mana alim hj haron din dengan hj hadi? ikut hj haron din la...
Post a Comment