BAB 2 - PENYAKIT YANG BAIK - Bah.3
Kaum ibu yang datang ke Masjid Rusila ternyata dari semua lapisan masyarakat, sejak dari yang miskin dan melarat, sampai kepada yang kaya dan berada, dari golongan biasa sampai ke golongan tinggi dan bangsawan, sejak dari golongan berpenghasilan sederhana sampai kepada mereka yang dikatakan hartawan dan jutawan, sejak dari orang yang jadi kuli bergaji hari sampai kepada mereka yang bergaji beribu ringgit sebulan, sejak dari mereka yang datang berjalan kaki sampai kepada mereka yang memandu sendiri kereta Mercedez atau kereta volvonya.
Puan kamariah misalnya, dia datang dari rumahnya yang jarak 30 kilometer ke Masjid Rusila, memandu sendiri kereta volvonya membawa dua orang anak gadis dan seorang anak lelaki yang berumur 11 tahun.
Suaminya memandu sendiri kereta Mercedeznya dan membawa seorang anak lelakinya yang sudah berumur 20 tahun, bersama beberapa orang jirannya untuk mengikuti pengajian setiap jumaat di Rusila .
Cik zaitun, jandamuda yang kaya dan terkenal seorang yang baikhati itu, juga memandu sendiri Toyotanya dan bersamanya turut serta lima orang wanita yang menjadi teman akrabnya, yang tidak pernah lalai dan tidak pernah cuai hadir di Masjid Rusila mengikuti pengajian.
Saya kenal betul Makcik Khairaih dari sebuah kampong dekat Kuala Berang, dia selalu berangkat dari rumahnya sebelum waktu subuh. Bersama 15 orang anggota rombongannya, dia menaiki sebuah lori kecil, yang biasanyalori itu digunakan untuk mengakut bahan perniagaan dari pecan ke pecan, tetapi setiap hari jumaat, pemandunya tidak mahu membuat kerja seperti biasa, kecuali membawa anggota jamaah untuk menuntut ilmu belajar agama ke Masjid Rusila.
Dari Kuala Berang, Makcik Khairiah dan rombongannya dikenakan bayaran hanya sekadar untuk beli minyak kereta sahaja.Selepas mengaji pukul 10.30 pagi, semua anggota jamaah kembali ke Kuala Berang dengan lori itu, dengan fikiran tenang, senang dan lapang hati.
Kesemuanya ini kenalan saya, teman saya, sahabat saya ketika mengikuti pengajian. Masjid Rusila telah menambah berserinya kehidupan saya, kerana saya mendapat tambahan teman dan kawan yang baru, dari bernagai lapisan dan corak keadaan.
Bukan itu sahaja………
Tidak jarang pula, orang seperti Makcik Khairiah telah berbuat lebih baik dari orang-orang baik yang lain yang pernah saya kenal.Beberapa kali hari pengajian, makcik Khairiah menghadiahkan kepada saya beberapa ikat rambutan, duku, langsat dan dua ikat buah durian yang sangat sedap.....
Orang kampung yang ditohmahkan orang bodoh itu, bersedekah dan memberi hadiah. Bukankah hatinya mulia dan tinggi ? Bukankah orang berbudi bahasa dan tidak mengharap balasan dari apa yang diberikannya kepada saya.
Tiada lain yang menggerakkan hatinya, adalah perasaan bersaudara sesama islam, perasaan sesama anggota jamaah Masjid Rusila, perasaan sesama murid Haji hadi. Tidak lebih dari itu. Tidak lain dari itu, yang dia tuntut hanya keridhaan Allah, yang doakan dengan pemberiaan itu, suapaya saya menerimanya dengan ikhlas dan mempercayai bahawa pemberian itu tidak akan terjadi , jika kami tidak sama-sama menjadi murid Tok Guru Haji Hadi.
Bersambung.......
2 comments:
dulu aku jual majalah al mujahid bawah pokok sena tepi telaga tu..tak payah tunggu pun, cuma letak beg orang ambik majalah tu terus byr seringgit dalam beg tu..sejak bisnes kat KL ni lama dah dok pegi rusila..
siapa tu yg jual majalah, boleh kenal ke?
Post a Comment