Jan 2, 2010

PAS KECEWA MAHKAMAH BENARKAN PERKATAAN ALLAH DALAM MINGGUAN HERALD THE CATHOLIC


Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.
Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.

Pas mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.

Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

25 comments:

Anonymous said...

Ustaz Idris Ahmad sudah termakan umpan yang ditabur oleh UMNO. Apakah dia akan terus termakan umpan yang seterusnya?

Anonymous said...

Makan tak makan inilah suara rasmi PAS.Kenyataan Ketua Penerangan adalah kenyataan Rasmi.

Anonymous said...

buat baik la lagi dengan ustaz gobala tu....

Anonymous said...

Gobala ke ramli noh ke rosol wahid ke...ini pendirian PAS

Makkal Sakhti said...

Sejak kebelakangan ini nampaknya isu penggunaan nama Allah oleh penganut bukan Islam seperti Kristian dsb telah menjadi satu isu besar dan cuba diperbesar-besarkan oleh UMNO dan golongan yang cuba mengambil kesempatan dalam suasana rakyat ketika ini dihimpit oleh pelbagai masalah kehidupan seharian disamping isu-isu nasional yg membebani UMNO/BN. Dengan hadirnya isu ini sekurang-kurangnya rakyat diharap tidak lagi memikirkan tentang kenaikan harga barangan keperluan harian, juga diharap dapat melupakan isu-isu nasional seperti kehilangan enjin jet pejuang, pembunuhan Beng Hock dsb. Bukankah Melayu mudah lupa?

Saya tidak nak mengulas panjang-panjang. Isu ini sangat mudah. Bukannya susah pun. Saya bukannya ustaz, tapi saya mengaji dari ustaz-ustaz yang saya yakin dengan ke'alimannya.

Pertama; Tiada nas yg melarang penggunaan nama Allah dalam mana-mana kitab muktabar.
Kalau ada sila kemukakan.

Kedua; Memang sejak lama dahulu org2 bukan Islam mengakui kewujudan Allah dan ini disebut dlm firman Allah yang bermaksud, Jika sekiranya ditanya kepada mereka siapakah yang menjadikan bumi dan alam semesta ini, nescaya mereka semua menjawab Allah!. Jika alasan mereka tak pernah menggunakan nama Allah di Malaysia dijadikan hujjah, bukan bermakna mereka tidak pernah menggunakannya di lain-lain negara. Dalam kitab-kitab Injil pun ada menyebut nama Allah. Orang Hindu pun ada kata itu kerja Tuhan Alla...

Ketiga; Jika alasan mengatakan Allah yang difahami oleh orang Kristian tidak sama dengan Allah yg orang Islam fahami, maka itu sudah kita maklumi kerana mereka mempercayai Allah dari segi Allah menciptakan bumi, langit dan alam seisinya tetapi mereka mensyirikan Allah(menduakan/menyegutukan Allah) dengan mengambil tuhan-tuhan yang lain untuk disembah.

Sepatutnya pemimpin PAS menjawab isu ini dengan hujjah yg simple dan meyakinkan. Saya bimbang jika nanti kita sendiri yg menyempitkan agama Islam ini. Mungkin nanti penggunaan perkataan "syurga dan neraka" pun tidak dibolehkan dengan alasan itu adalah perkataan Islam dan dibimbangi akan terseleweng aqidah ummat Islam jika dibenarkan penggunaannya oleh penganut bukan Islam. Padahal kita semua tahu syurga dan neraka yg difahami oleh bukan Islam dan penganut Islam adalah jauh sama sekali berbeza sepertimana nama Allah yg difahami oleh bukan Islam dan penganut Islam sudah tentu berbeza sama sekali dari segi aqidahnya. Walaupun berbeza tetapi tidaklah dilarang pengunaan tersebut kerana masing-masing penganut mempercayai kalimah tersebut mengikut kefahaman agama masing-masing.

Sepatutnya pemimpin PAS menghalakan peluru kepada UMNO dalam isu ini kerana;
Pertama; Pemimpin UMNO sendiri mempercayai Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini tetapi pemimpin UMNO sendiri tidak mahu untuk menjalankan undang-undang Islam malah menentangnya pula! Rasanya tidak perlu saya mengemukakan bukti-bukti UMNO menentang Islam kerana ianya sudah menjadi perkara yg telah diketahui umum.

http://www.makkalsakhti.blogspot.com

Anonymous said...

Khalid Samad: Bukan Islam boleh pakai nama Allah. Rumah Tuhan Keristian boleh panggil Rumah Allah....

Dr Zul: Setuju setuju setuju

Anwar Ibrahim: Saya dah kata boleh, tak percaya? Saya ada surat saya dah confirm dengan Majlis Gereja.

Nik Aziz: Boleh boleh boleh (beberapa bulan dulu)

Nik Aziz: Tak boleh tak boleh tak boleh (beberapa jam dulu)

Khalid Samad: Saya tetap dengan pendirian saya. Sesiapa yang tak setuju seperti Zulkifli Nordin, Nik Aziz, Penawarrindu dan semua umat Islam yang lain adalah golongan berminda sempit (narrow minded).

Nik Aziz: Celako celako celako mu Samad

Embong a/l Endut said...

Bakpo pula Khalid yang kato, Samad ayah dia pula boleh celako?

Anonymous said...

Khalid samad apa cerita puan siti...PAS jugokkan....tak nampak lagi ke?....semakin hilang respek saya kat PAS sekarang....lagi berat dari umngok....kalu umno jd umngok pas tak tahu nak kata apa dah ibarat budak rempit yg tak tahu nak buat camna dah...sampaui tak terkata dah...

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=738vMmiIU24

Astagfirullahalazim... Sesiapa yang melihat youtube di atas yang bertajuk "Kalimah Allah Hak Kristian - Anwar" sudah tentu akan mengucap panjang.

Tidak disangka-sangka rupa-rupanya orang yang pernah memperlihatkan dirinya sebagai pejuang Islam sebenarnya mempergunakan Islam untuk menyeleweng.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim memanglah seekor sesumpah yang akan menukar kenyataan mengikut persekitarannya asalkan dia dapat menipu golongan mana yang berada di ceramahnya itu.

orang hulu said...

"Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi."

Diatas adalah kenyataan Presiden PAS.. saya ingin bertanya.. Adakah agama kristian sekarang boleh dipanggil agama samawi? dan adakah kitab mereka masih mereka tulin?

Anonymous said...

PAS memang setuju.. nak tarik undi bukan islam la kata kan.. lagi pulak bagi PAS islam ni hanyalah topeng politik.. ke guane puan ct?

Anonymous said...

janganlah sebab terlalu nak tarik undi politik sampai membelakangkan benda yang hak..bak kata orang buat duluu..masaklah kemdian...Cik puan siti tak sedar lagi ke?..kan dah lama dalam politik nii...PAS tak dapat nak perintah negara jika tiada sekutu ( pakatan rakyat ) yang ibarat kuku dgn kulit....

Orang Jerangau said...

Pendiriab Pas celaru dan haru biru. Nik Aziz kata agama lain tak boleh pakai perkataan Allah i takut mengelirukan, mesyuarat Pas pusat pula kata boleh. Pas mana satu yang kena kena ikut ni?

Yang sebbnenyo, Pas ni butul steseng nga Islam ko guano. Tolong Puan CTkay's kkabor mari. Kito Pas kampung ni saki ppalo sunggoh nak gamok.

kiasu said...

Ini sepertimana telah berlaku di Indonesia di mana anak2 muda terutama yang kurang pendidikan agama, yang moden dan bersosial secara suka2 menukar2 agama dari Islam ke Keristian ke Islam ke Keristian, semata2 kerana anggapan yang silap itu. Ini terjadi kerana pengaruh pergaulan, keinginan berkahwin berlainan agama dan status kemodenan kononnya. Tetapi inilah kenyataannya akibat penggunaan kalimah yang mengelirukan.

Malah, ada ramai suami/isteri di Indonesia walaupun sudah berkahwin tapi masih berlainan agama, mungkin salah satu puncanya kerana kepercayaan Allah tuhan yang sama.

Memang mudah untuk Pas mengatakan dan memberi sejuta amaran supaya kalimah Allah ini jangan disalahgunakan. Tetapi, bagaimana hendak mencegahnya 10-20 tahun akan datang apabila pemikiran para remaja telah tepengaruh sedikit demi sedikit dalam tempoh tersebut.

Ini baru permulaan. Kelak golongan Kristian ini akan secara halus dan tanpa disedari akan berusaha memanupulasi kebenaran yang disokong oleh Pas ini. Ini sedang berlaku secara berleluasa tetapi senyap di Indonesia.


Islam di sana semakin liberal. Sepertimana disiarkan dalam blog Anwar Ibrahim yang berbunyi "Change Is Coming To Islam" ?????

Nasi akan menjadi bubur jika tiada ketegasan pada hari ini.


Pendirian Pas amat keliru, kabur, short-sighted dan meremehkan kepercayaan umat Islam berbangsa dan berbahasa Melayu.


Manusia mudah lupa...Kalau 10-20 tahun lalu tidak ada sesiapa yang berani menggelar Chin Peng si kominis pengkhianat ini sebagai pejuang kemerdekaan atau hero, kini sudah ada suara2 sebaliknya yang semakin berani dan lantang. Begitu juga akan berlaku dalam isu kalimah ini jika pendirian Pas dibenarkan.


Ini pemerhatian peribadi saya kerana sering ke Indonesia sejak 15 tahun dahulu dan berkenalan dengan ramai keluarga2 beragama Islam dan Keristian di sana.

Anonymous said...

Pendirian Puan Penawarrindu pun tidak puan nyatakan.


Hmmm...mungkin puan pun dah keliru dan celaru nak pakai pendirian pihak PAS yang mana!


Saya dah agak macam tu, sebab saya ahli Pas dan bingung nak ikut sapa. Ada yang setuju, ada yang tak setuju, ada yang setuju tapi berlapik2, ada yang tak setuju langsung tak berlapik. Ada yang setuju tapi tak setuju???

Pandangan pemimpin2 Pas dah haru biru, malu saya, malu malu malu.

Anonymous said...

Puan ct tak komen2 la, pasal dia teramat keliru, nak telan mati katak, nak ludah mati frog.

Nak senang kato, puan ct amik le pendirian ini:-

PAS KECEWA DAN PAS GEMBIRA MAHKAMAH BENARKAN PERKATAAN ALLAH DALAM MINGGUAN HERALD THE CATHOLIC

Anonymous said...

Assalamualaikum Puan,

Pertanyaan saya yang mana satu pendirian Puan dalam isu ini?

Adakah puan setuju dengan Pendirian Rasmi PAS yang menyokong penggunaan Allah oleh Gereja Kristian/Herald, atau Pendirian Tuan Guru Nik Aziz yang tidak menyokong, ataupun Pendirian Dr Haron Din yang mengkufurkan sesiapa yang menyokong walau macammana sekali pun.

Wajarlah Puan menyatakan pendirian puan daripada bersikap atas pagar ataupun play safe, kerana ini mencerminkan kewibawaan penulisan Puan.


Wassalam.

Gembala katak said...

Anon 8:16pm & Anon 9.29pm,

Agaknya Puan CT dah jadi kelu dan bisu, mungkin terkincit merata2, sebab tu dia tak dapat bagi komen, pendapat dia.

Betullah macam kau kata, katak or frog...

Anonymous said...

ALLAHYARHAM PARKIAM


nak tanya sikit, kalau Paderi kristian herald Al-Parkiam tu meninggal dunia kelak, boleh le kita sebut dalam bahasa melayu Allahyarham Parkiam kot? Ini tak salahguna bahasa kot.

betui tak puan ct?

duluPas said...

habih doh Pas ni, semuo doh jadi kelabu

Makin Pusing Dot Com said...

MB marah dewan bedah lambat siap...


Tak apa Cik Puan Siti, kalau ramai yang minta cik bagi pendirian tentang isu kalimah ini, tapi cik tak mau juga atau buat lambat-lambat, MB tak marah lambat komen...


sebab MB amat faham cik puan dan rakan2 sewaktu semakin confuse

Anonymous said...

Doa nik Aziz pecah perut dah melarat ke Perak....ni Nizar pulak kemalangan kereta terbalik....nasib baik hanya luka2.

Allah Islam nak nagi peringate le tu...jangan main2 dengan lilin Allah Kristian

dugo said...

Bila sesuatu musibah berlaku ke atas orang UMNO, kita kata bala menimpa mereka. Tapi bila berlaku ke atas orang Pas kita kata cubaan Allah (Islam).

Inilah, bila kejadian seperti Nizar ini terkena ke batang hidung sendiri, kita masih tak sedar2 bahawa Allah Taala itu Maha Esa dan tidak menjadi ahli atau pengerusi mana2 parti di Malaysia.

Guano said...

Betul tu Dugo,

Tak dapat bayangkan kalaulah kereta Camry yang terbalik sendiri tu dipandu oleh Dr Zambry bukannya Nizar.

Dah tentu dah puak2 PAS akan melompat2 mengatakan itu bala dari Allah.


Teruk juga Camry tu...