Hampir 30 nelayan di sini, meluahkan rasa kecewa dengan keputusan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan pangkalan nelayan yang dijadikan pusat membuat dan membaiki bubu.
Wakil nelayan, Abdullah Ismail, 55, berkata, keputusan PBT dianggap tidak berperikemanusiaan kerana membabitkan tempat nelayan mencari rezeki daripada hasil membuat dan membaiki bubu.
“Saya tidak nampak apa punca sebenar yang menyebabkan pangkalan ini perlu dirobohkan. Alasan PBT menyatakan lokasi pangkalan tidak sesuai memang tidak logik dan langsung tidak boleh diterima pakai.
“Ini sebab, pangkalan berkenaan sebelum ini dibina pihak mereka juga dan kenapa sebelum membina pangkalan ini, mereka tidak buat kaji selidik lebih terperinci, kenapa kini isu lokasi tidak sesuai timbul?” katanya kepada Sinar Harian.
Abdullah berkata, nelayan terasa seolah-olah dipermainkan untuk kepentingan politik semata-mata kerana pada dasarnya, kelulusan permohonan pembinaan pangkalan berkenaan dibuat ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, tahun lalu.
“Buat pengetahuan, pada awalnya kami nelayan di sini memang tidak ada tempat khas membuat dan membaiki bubu. Dahulu kami melakukan kerja ini di rumah masing-masing dan di tepi sungai ini.
“Justeru, ketika musim pilihan raya kecil tahun lalu, kami sepakat memohon kepada kementerian berkaitan agar menyediakan sebuah pangkalan bagi memudah�kan dan memberi keselesaan kepada kami melakukan kerja ini. Alhamdulillah, permohonan kami diluluskan dan pihaknya mendirikan pangkalan ini pada Disember tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Mohd Mudzi Endut, 42, berkata, nelayan di sini tidak pernah sesekali berniat ‘melawan’ keputusan yang dibuat tetapi sekurang-kurangnya PBT perlu menggantikan tempat baru untuk mereka.
“Kami terima keputusan ini walaupun sedar seperti dipermainkan. Kami tidak boleh menolak keputusan yang dibuat tetapi mereka perlulah sediakan tempat baru kepada kami.
“Jangan hanya pandai menyusun kata-kata ataupun melemparkan janji kosong kepada kami,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh berkata, pangkalan nelayan di Kampung Losong Lebai Salleh akan dirobohkan kerana pembinaannya tidak mempunyai kelulusan pelan bangunan dan juga lokasi tidak sesuai.
ctkay's - Masa nelayan bina Disember 2008 tu tak dirobohkan kerana masa itu terlalu dekat dengan Pilinaraya kecil Kuala Terengganu- anda ada faham? saya sudah faham. Itulah BN 1 Malaysia, rakyat diutamakan..
1 comment:
biasa lah boh, dekat nak ngundi kita jadi raja, lepah ngundi hina lebih dari hamba, itulah ang,kara BN
Post a Comment