Jan 1, 2010

Jambatan Baru - untuk rakyat atau untuk kocek

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Yahya Khatib Mohamad berkata, dua jambatan itu yang akan diberi keutamaan ialah jambatan menghubungkan Kampung Teluk Pasu-Pulau Sekati-Muzium di Losong yang merentasi Sungai Terengganu. Ini lah rupanya rahmat seperti yang dikatakan oleh EXCO Pengkalan Berangan yang berkelulusan Pengajian Islam. Pernah menjadi Pengurus TNB Pantai Timur yang bergaji hampir rm25,000.00 sebulan. Zaman mantan MB AL Idrisi beliau telah terpilih menjadi calon dan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, menang di Pengkalan Berangan tapi hampir mati berangan nak menjadi Exco tetapi tidak dilantik oleh Al Idrisi seperti janji-janji manis mantan mb tongkat langit.

Kawasan kritikal yang mengalami kesesakan sewaktu musim perayaan, waktu puncak dan juga masa hari kelepasan am adalah diantara simpang 4 menuju ke jambatan Sultan Mahmud, bukannya membina jambatan yang jauh dari kawasan kritikal ini. Apakah rasional membina jambatan dari muzium losong ke Kampung Teluk Pasu merentasi Pulau Sekati. apakah tiada kajian dilakukan dalam pembinaan ini atau hanya untuk mendapatkan komisen bukan untuk rakyat. Bina jambatan hanya mendapat duit masuk dalam kantung bukan untuk mengurangkan kesesakan trafik semasa waktu puncak.


Apakah Exco cap ayam ini (pinjam kata mantan Mb Al idrisi) tidak pernah melalui jalan di kampung Teluk Pasu yang sempit, berlubang-lubang dan jalan ini akan menuju terus ke Pekan Batu Enam yang telah sediada sesak dengan kenderaan. Jikalau sewaktu hariraya Jalan Ke Pekan Batu Enam akan jam dan trafic tidak bergerak-gerak dalam masa sejam dua bahkan kadangkala berlarutan ke hampir 4 hingga 5 jam baru dapat melepasi kesesakan ini. dengan keadaan jalan Kampung Teluk Pasu adalah selorong akan menyebabkan kesesakan akan bertambah teruk kerana aliran trafic tidak akan lancar sekiranya jalan di Kampung Teluk Pasu tidak dibaiki terlebih dahulu. Jadikan jalan di Kampung Teluk Pasu kepada dua lorang dan dipanjangkan terus ke Pekan Batu Enam. Keadaan "Bottom Neck" adalah berlaku di Pekan Batu Enam. Aliran trafic di sini perlu diperbetulkan dahulu samada membuat jalanraya baru yang mengandungi 2 lorong pegi dan balik, jika masalah aliran trafic disini dapat diselesaikan dahulu barulah aliran trafic dapat berjalan dengan lancar.

Jambatan yang menghubungkan dari Jeram ke Jeram Tokong telah lama di rasmikan lagi zaman Mb Tongkat Langit lagi tetapi zaman Mb Lone Ranger ini projek itu dihentikan, Mantan Mb lama telah mengadakan majlis pecah tanah sewaktu PRU12 akan berlangsung. Sama dengan projek menjadikan Pasar Baru Manir yang juga mana Alidrisi juga merasmikan perasmian pecah Tanah tanda bermula projek pembinaan Pasar Baru Manir. Keadaan Jalanraya dari Jeram ke Buluh Gading juga mengalami kesesakan, bagaimana untuk sampai ke Jeram Tongkong dengan cepat jika di kawasan ini telah mengalami kesesakan yang amat teruk, Jalan selorong dengan keadaan berlubang dan jika berada di waktu puncak musim perayaan atau juga musim cuti sekolah kenderaan akan bertambah berlipat kali ganda dari hari biasa yang telah sediada sesak.
Dimanakah rasional pembinaan Jambatan ini yang bernilai 400juta. Yang mengalami kesesakan teruk adalah dikawasan Jambatan Sultan Mahmud tetapi jambatan yang dibina tidak akan mengurangkan kesesakan waktu puncak dan juga semasa musim perayaan. Jika pemandu nak balik ke Kelantan, Setiu atau Besut tidak ada pemandu yang bangang akan melalui jambatan yang baru menghubungkan Muzium Losong ke Teluk Pasu dan juga dari jeram ke Jeram Tokong kerana faktor jauh dan juga jalan yang tidak diselenggarakan dengan baik, berlubang-lubang dan banyak selekoh merbahaya.


Bagi pengguna jambatan Sultan Mahmud, jalan terbaik untuk mengurangkan kesesakan trafic sewaktu waktu puncak dan juga semasa musim perayaan adalah pembinaan jambatan di muara sungai Terengganu. Yang mana jambatan ini bermula di kawasan kampung ladang atau bermula di kawasan Syahbandar dan merentangi muara sungai Terengganu menuju ke Kampung Seberang Takir. Aliran trafic akan menjadi lancar jika 50% pengguna jambatan Sultan Mahmud beralih menggunakan jambatan baru ini, jambatan ini akan memendekan masa untuk pergi ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Ke Lembah Bidong dan juga ke Kompleks Sukan Negeri. Dan Jambatan ini boleh direkabentuk menjadi satu mercu tanda untuk Negeri Terengganu. Inilah rahmat yang dinantikan oleh pengguna jalanraya iaitu pengurangan kesesakan bukannya membina jambatan yang jauh dari aliran trafic yang mendesak.


Semoga jambatan baru yang akan dibina walaupun tidak menepati kehendak rakyat pengguna jalanraya tidak runtuh seperti projek projek yang tidak pernah sebelum ini. Jika runtuh Exco Cap AYAM akan berkata runtuh ini satu rahmat kepada rakyat Negeri Terengganu. Dimana Perancang Bandar Majlis Bandaraya Negeri Terengganu, diam membisu seribu bahasa, telah diberi ubat perancang ke? Malangnya Negeri Terengganu mendapat Exco , penasihat dan perancang bandar yang tidak pandai merancang.

Sumber asal : Kayukelat.blogspot

15 comments:

Fatwapujangga said...

Merakyatkan Pembangunan cap Ayam

Anonymous said...

Dok baik kata ke orang gitu, kena kata ke lembu dan kambing dok pe....ke guana?

Anonymous said...

tambah satu lagi...kata ke ayam pun tak ape juge

Lubokperiok said...

Ada seorang guru dri Kg Jerung, cuti tanpa gaji kerja dengan exco ni, xguru mr.10%...opsss silap kata ke orang...ada sekor l....u kerja dengan exco ni...isk...isk...lagi dasyat..pakai komen yang atas aje lah..

Anonymous said...

"JAMBATAN BARU - UNTUK RAKYAT DAN PAKATAN RAKYAT"


kiasu said...
HADIAH TAHUN BARU 1PAS - DENGAN PERKENAN KHALID SAMAD PAS -

Mahkamah putuskan majalah Katolik Herald boleh guna perkataan ‘Allah’ KUALA LUMPUR- Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini. Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah". Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu.-Bernama

al-brangi Online said...

jambatan tu buat kuat sikit, nanti runtuh pulak. haru-biru (haru BN)

anakTRG said...

aku sokong cakap ct, aku memula baca sinar pun pelik, kenapa jambatan baru nak buat jauh dari orang.... x bleh ke kalo perbesarkan jambatan yang sedia ada..... tambah lorong ke..... exco dan mb mmg cap ayam lah.......... aku rasa projek nie pun tuk perbodohkan rakyat jer.... nanti x jalan pun.... umpan rakyat tuk PRU akan datang.... bila pas dah berjaya tawan terengganu, projek terbengkalai lah... jadi lah mcm LPT & shopping complex sebelah bus stand MBKT......

ganz said...

bukan stakat jambatan.. jalang highway baru nok buat jugok dengor kabor dari jeram ke banggol tuan muda.. abis kampung kena buang..

Anonymous said...

Semasa jambatan2 yg hendak dibina di trg semasa era wan mokhtar byk sekali suara2 sumbang kedengaran ( try tanya org politik yg lbh berumur ) tapi hari ini jmbatan2 tersebut digunakan sehingga dok cukup jambatan...yg hok bunying ning sebnornya adalah dari spesies yg tak mampu nk buat dan terasa diri tak menyumbangkan apa2 utk kemakmuran negara....masa nk buat ni, mulalah beri pandangan itu ini..masa diberi kuasa tok buat mnder satu pon...jadi jgn dgrlah suara2 sumbang mambang nih..selama mana ianya boleh mendatangkan manfaat go on....biasalah tuu...

Untuk rekod : Masa pemrintahan Pas, dikuala berang....hanya jamban atap ijar (bersebelahan masjid mahmoodiah) dan bukannya jambatan mampu dibuat.

Anonymous said...

Umno = Jambatan
PAS = Jamban

Baik buat jamban bowoh jambatan, kekgi orang dok beroklah bowoh jambatang tepi sungar..orang berok bowoh jambatan dalam jamban....ke guaner?

hok ning pong nok kener ajor ke???????

Anonymous said...

Umno = Jambatan
PAS = Jamban

Baik buat jamban bowoh jambatan, kekgi orang dok beroklah bowoh jambatang tepi sungar..orang berok bowoh jambatan dalam jamban....ke guaner?

hok ning pong nok kener ajor ke???????

Anonymous said...

Pitis royalti di ramppas lepas tu kata tak dok pembangunan ,,,dah ikat kaki tangan ajak belawan bola sumbat gol lah mung aweng weh...

Umno bila nak cerdik...JKKK pun kena kecing ,

Anonymous said...

Acu tanya Rozi ambil pitis mana buat rumah besar? gaji exco dapat buat rumah cash ke?

Pengarah Pertanian buat rumah pinjaman,,,,,...tanyalah ...kalau tak tanya dok tahu.

Cikgu awi dia wat pinjaman masa dia jadi cikgu.

Anonymous said...

Rozi buat rumah mengikut kaedah rumah yang dibuat oleh Tengku Putra, dok tau ke?

itulah org umno boleh serial dua suka ngat dok, ....tanya YB Rosol macamana Ku Tera Baham duit untuk buat rumah sebesar itu.( Rumah Paloh Segor tu lah)

Anonymous said...

orang dok maroh buat jambatan.. tapi orang maroh masuk kampung orang buat kerja, tapi bila mintok surat takdok..

macam yahudi zionis je rampas tanah oran gkampung.. hok tuh hok orang maroh..