Jan 20, 2010

BAJET 2010:RM20 JUTA BAGI APMT(AGENSI PEMBANGUNAN MASYARAKAT TERENGGANU)

DUN Terengganu baru-baru ini meluluskan sejumlah peruntukan bernilai RM20 juta bagi APMT yang hanya dikemudi oleh seorang cikgu sekolah rendah di Kijal,Roshali Muda selaku Pengarah APMT.Rakyat tertanya-tanya siapakah gerangan pengarah yang selama ini hanya mengajar murid Tahun 1 hingga Tahun 6,yang diberi kepercayaan oleh Ahmad Said,MB Terengganu untuk mengetuai agensi APMT ini?Mungkin bekas pelajar sekolah rendah di Kijal yang dapat nombor satu sokmo di dalam kelas sepertimana MB juga barangkali?Ataupun beliau dapat nombor dua di dalam kelas selepas MB?Ataupun pernah sama-sama menuntut dengan MB di Sekolah Adabi Kuala Terengganu dulu?Ah pedulikan sejarah lampau sebab kehebatan latarbelakang akademik sahaja tidak bererti seseorang itu hebat mentadbir, kata MB sendiri.Memang betul,mendiang Lim Goh Tong sepertimana yang diketahui umum bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi tapi mampu membina empayar perniagaan Genting Berhad.Seorang lagi kawan saya di Kemaman sendiri sebagai contoh,mengajipun tak tinggi mana,tapi pandai dan fasih bercakap Mandarin sebab memang dia seorang berbangsa cina,kena buang negeri pulak,maknanya tinggal sebatang kara asalnya di Kemaman tapi sekarang multi-millionair.Seorang lagi kawan saya seorang Melayu sebagai contoh, yang saya kenal sebagai kaki tarik kereta tapi kini mampu hidup kaya-raya sejak sehari dua ini.semuanya itu kerana apa?Rahmatttttt!!!!!!!!!!!


Dengan peruntukan sebesar itu,malah menurut sumber Jabatan Veterinar Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri peruntukan tersebut jauh lebih besar daripada peruntukan bagi kedua-dua jabatan berkenaan bagi faedah rakyat jelata negeri Terengganu,apakah matlamat sebenarnya kerajaan negeri?Apakah ianya bertujuan untuk membangunkan masyarakat Terengganu?Ataupun memperkasakan parti dan kerajaan sebagaimana sepatutnya?Menurut syarahan perdana Hj Shamsudin Sulong dan Cikgu Latif Awang dalam setiap kursus induksi kepada pegawai-pegawai APMT dalam tahun 2009 yang lepas, bahawa tugas APMT bukan kerja untuk wakil rakyat,bukan jaga parti dan kerajaan TAPI MESTI PERTAHAN MB DATUK AHMAD SAID.Maknanya untuk mempertahan jawatan MB sahaja melalui agensi APMT, sejumlah RM20 juta diperlukan? Hebat!hebat!hebat proton!Ianya bukan perkara luarbiasa sekiranya matlamatnya untuk memperkasakan parti dan kerajaan.Bila parti dan kerajaan perkasa, sekaligus ianya memperkasakan MB.Itulah amalan di negeri-negeri lain termasuk negeri yang dikuasai pembangkang,Kelantan,Selangor,Kedah dan Pulau Pinang.


Melihat kepada perlantikan APMT pula,rata-ratanya di setiap DUN, dilantik di kalangan mereka yang layak dari kalangan aktivis parti,sebagai penghargaan kepada sumbangan mereka memartabatkan parti.Namun kalau kita zoom in ke beberapa bahagian dan DUN di Terengganu,didapati mereka yang dilantik kelihatan bekerja hanya untuk menjaga 'orang yang mencadangkan perlantikan mereka'.Kalau ketua bahagian atau ahli Parlimen yang mencadangkan perlantikan mereka,maka APMT yang dilantik menggunakan kedai kopi,tempat-tempat kursus APMT dan khalayak ramai untuk menghentam ADUN mereka sendiri.Sebaliknya kalau ADUN yang mencadangkan perlantikan mereka maka kerja APMT pula menghentam Ahli Parlimen atau Ketua Bahagian.

Apa yang penting tak kiralah banyak mana dibelanjakan sebab duit itu bukan duit pusaka peninggalan mak bapak kita ataupun duit dari poket yang kita cari hasil titik peluh dan tulang empat kerat kita,lagipun negeri Terengganu yang kita perintah ni kaya.Minyak melimpah ruah di lautan, daratan dan di hutan-hutan.Duit 'royalti minyak' kang banyak 'berbelas-belas RM billion'.Hinggakan MB sanggup ugut Kerajaan Pusat " kalau tidak bayar RM2.67 billion pada tahun 2010 ni saya tak akan sain perjanjian royalti".Belanjalah seberapa banyak yang mahu selagi rakyat memberi kuasa.Asalkan puashati tap jaangan sampai ke peringkat nafsu menguasai diri sehingga terdetik perasaan angkuh,"malah tuhan tidak mampu menghalang apa yang aku mahu sebab aku berkuasa".

2 comments:

Pengjug Setia Blog CTkay's said...

Kenapa wajah baru blog Ustazah jadi celaru. Tajuk entry bertindih-tindan. Ustazah patut beri perhatian dari sudut teknikal.

Saya tungu ulasan Ustazah tentang rombaka besar-besar jentera kerajaan Terenganu.

Pengunjung Setia Blog CTkay's said...

Terima kasih kerana segera membetulkan teknikal. Nampak kemas dan menarik. Cuma tulisannya kurang jelas, barangkali untuk yang kualiti penglihatan mulai menurun kerana faktor usia macam saya. Kepada orang lain mungkin sudah jelas. Lupakan masalah saya demi kepentingan ramai.

Salam perjuangan!