May 28, 2008

Idris dan Rosol letak jawatan-kemelut tidak selesai

Akhirnya Idris Jusoh dan Rosol wahid terpaksa juga meletakkan jawatan masing-masing.

Idris Jusoh melepasakan jawatan sebagai pengerusi badan perhubungan umno Terengganu dan Rosol Wahid pula melepasakan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan.

Jawatan Idris dilantik oleh Presiden Umno, sementara jawatan Rosol pula dilantik oleh pengerusi perhubungan umno ( Idris).
Baru 3 hari lepas semasa berucap didalam majlis bersama puteri umno Perak, Idris bermati-matian menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali melepaskan jawatan pengerusi perhubungan.

Baca petikan Bernama 24 April 2008

May 24, 2008 19:10 PM

-->
Idris Jusoh Tidak Akan Letak Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu

IPOH, 24 Mei (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu walaupun tindakan tersebut boleh menyebabkan kebuntuan politik di negeri tersebut.

Katanya, beliau menerima hakikat bahawa Datuk Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu mempunyai para penyokongnya sendiri, tetapi beliau (Idris) juga mendapat sokongan besar para ahli kerana berjaya memimpin Umno Terengganu memenangi pilihan raya umum pada 2004 dan 2008.
"Saya bukannya orang kalah. Saya menerajui parti dan memenangi pilihan raya dengan majoriti lebih dua pertiga. Pada asasnya anggota Umno masih bersatu, cuma sekarang ini ada kebuntuan dari segi perasaan di kalangan anggota," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Misi Puteri 2013 di Bangunan Umno Perak di sini, Sabtu.
Turut hadir ialah Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Noordin.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri Selasa lepas bahawa Umno Terengganu kini berpecah dua dengan satu kumpulan menyokong kepimpinan Idris manakala kumpulan yang lain menyokong Ahmad sehingga menimbulkan kekeliruan anggota akar umbi Umno di negeri itu.

Menurut Idris, penyokong Umno di Terengganu kini masih di peringkat penyesuaian berikutan perubahan pucuk pimpinan pentadbiran negeri sedangkan 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu masih lagi menyokong beliau.

Katanya beliau akan terus aktif dalam politik termasuk mempertahan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Besut jika mendapat sokongan di peringkat cawangan.

Terdahulu di dalam ceramahnya, Idris berkata sebahagian daripada strategi Gelombang Biru yang dilaksanakan di Terengganu sehingga berjaya merampas kembali negeri itu daripada kepemimpinan Pas pada pilihan raya umum 2004, boleh dilaksanakan di Perak.

Bagaimanapun katanya, perlu ada penyesuaian dalam pelaksanaan strategi tersebut kerana 95 peratus penduduk Terengganu adalah orang Melayu manakala hanya lebih 60 peratus penduduk di Perak adalah Melayu.

-- BERNAMA

Khabar yang bertiup kencang di Kuala Terengganu menyatakan bahawa PM telah menjanjikan jawatan Pengerusi Mara kepada Idris Jusoh.

Sebenarnya langkah yang diambil oleh Idris adalah paling selamat, sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan, sudah pasti beliau akan dipecat bagi digantikan dengan Ahmad Said.Bagi mengelak tragedi pemecatan itu berlaku, tidak boleh tidak Idris terpaksa meletakkan jawatan dengan cara terhormat .

Pak Lah pula terpaksa mengambil langkah ini bagi menyelamatkan kedudukan beliau sebagai Presiden Umno.
Sementara itu Rosol Wahid juga terpaksa mengambil tindakan yang sama.Sekiranya beliau tidak berbuat demikian sudah pasti beliau akan dipecat sebagai setiausaha perhubungan oleh Ahmad Said nanti untuk digantikan dengan setiausaha baru yang boleh bekerjasama dengan beliau.
Walaupun kedua-dua pihak sebelum ini menafikan bahawa umno Terengganu, yang pastinya umno Terengganu ada Kem Ahmad Said, Man Bakar dan satu kem lagi Idris Jusoh,Rosol Wahid.

Seperkara lagi yang ditunggu-tunggu oleh pemerhati politik di Terengganu, macamana pula kedudukan Rosol didalam umno Hulu Terengganu, adakah Tengku Putera akan mengekalkan beliau, atau beliau sanggup kekal bersama Tengku Putera, atau mungkin beliau sudah berkira-kira untuk suatu pertarungan kalah mati menentang Tengku Putera bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Hulu Terengganu.( Bekas Exco menentang bekas ahli Parlimen) ingat-ingatlah.
Nota Kaki -10 tahun nanti sejarah akan menyebut " Masjid Kristal adalah lambang Kejatuhan Idris Jusoh"


1 comment:

Anonymous said...

Assamualaikum......

Aku pernah mendengar rosul berucap di dalam satu majlis. Rosol kata puok pas mereka logo ( lambang bulan) berasaskan penutup biskut jagung......

tapi sebenornya rosol ning adalah tin biskut jagung. harapkan besor tapi kosong di dalamnya. Hampeh!