Projek meliputi kawasan seluas 2,800 hektar dengan peruntukan RM50 juta adalah antara 39 Projek Berimpak Besar Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA) di seluruh negara.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata projek itu mampu meningkatkan pendapatan peserta dari kalangan nelayan, golongan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan juga siswazah.
“Kita mengganggap projek ini mampu menambah nilai dan perusahaan komersial yang besar serta menghasilkan pendapatan tambahan kepada peserta termasuk siswazah.
“Kalau mereka (siswazah) melihat kawan mereka mendapat kejayaan dalam projek ini, mereka pasti akan berminat dan turut melibatkan diri,”katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek ikan air tawar dalam sangkar di sungai Como, Tasik kenyir, Hulu Terengganu"
Projek kelihatan berjalan, walaupun tidak seperti yang di war-warkan.
Gambar-gambar dirakam awal mei 2008.
tanpa lingkaran jejaring dan tanpa ikan.Gambar ini dirakam sebelah kiri ke pengkalan
Berdekatan Pejabat Perikanan.
Sebelah kanan hanya tinggal satu sangkar yang kosong tanpa lingkaran jejaring
Sebelah depan kanan bertentangan Pejabat perikanan
yang dulunya dipenuhi sangkar, kini kosong .
Ini pula adalah tong-tong pelampung untuk sangkar yang dibiarkan begitu sahaja,
tanpa pengawasan.Difahamkan tong ini telah lama berada disini
Suka dijelaskan disini Sungai Cemo, Tasik Kenyir ini terletak didalam Dun Telemung yang kebetulannya adalah exco pertanian dan asas tani yang baru.Baru-baru ini YB Rozi Mamat telah melawat projek ikan Kerapu di Setiu.
Tapi bagaimana dengan status projek Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA)?bagaimana kedudukannya, kemana perserta yang terdiri dari siswaszah?Alangkah bagusnya sekiranya ada soalan berkaitan projek RM50 juta ini didalam sidang Dewan Undangan negeri yang sedang berjalan sekarang.
Yb, projek kerapu ni memang dah berjaya, projek sungai Como macamana?
1 comment:
Sekalung tahniah buat PM khasnya dan buat umNO amnya. Kepakaran dalam mencipta projek yang gah-gah memang tidak dinafikan. Inilah kehebatan umNO yang telah mengkayakan segolongan yang rapat dengan mereka dan telah meminggirkan kaum melayu yang lain.
Post a Comment