May 23, 2008

Terengganu,royalti dan intergriti

Terengganu Darul Iman sebuah negeri yang di anugerah oleh Allah terdapat emas hitam didasar laut persisiran pantainya.

Pertemuan minyak di Terengganu bermula dari tahun 1978 lagi, mengikut Akta Petroleum yang diluluskan pada tahun 1974 dan perjanjian antara kerajaan Terengganu dengan Petronas pada tahun 1975, Petronas hendaklah membayar secara tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu mengikut kadar pengeluaran minyak dan dikuatkan lagi dengan perjanjian 1987 yang disebut perkataan "royalti". Perkataan "royalti" ini memang disebut dalam surat-surat rasmi kerajaan Pusat kepada Terengganu dan ianya terus dibayar sehingga bulan Febuari 2000 yang lalu, di mana kerajaan Terengganu di pimpin Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendapat bayaran berlipat kali ganda berbanding pada masa yang lalu kerana kenaikan harga petroleum dan ini memberi kedudukan yang selesa pada kerajaan negeri ketika itu.

Namum begitu atas desakan Umno Terengganu di dalam perhimpunan Agongnya, Awang Jabar( Dungun) telah meminta supaya Kerajaan Pusat dalam apa jua keadaan memastikan Petronas tidak lagi membayar royalti kepada kerajaan Terengganu.

Umno telah melanggar undang-undnang negara itu tanpa segan silu dan tanpa takut kepada sebarang tindakan undang-undang kerana parti itu percaya tindakan itu tidak akan menjejaskan kekuasaannya sebagai kerajaan di negara ini.

PAS sejak royalti itu dirampas tidak pernah berhenti-henti untuk memperjuangkan hak rakyat itu dikembalikan ke kantong Kewangan Negeri Terengganu.
Pesuruhjaya PAS, Dato' Haji Mustafa Ali dalam banyak ucapannya dan kenyataan akhbar berulang kali menyebut perlunya wang royalti petroleum dikembalikan kepada Kerajaan Terengganu.
Tindakan menuntut di mahkamah dibuat oleh Kerajaan PAS dahulupun adalah satu usaha untuk tujuan tersebut. Tetapi permainan politik kotor dan jahat Umno menghalang ia diselesaikan dengan segara kes itu semasa PAS masih lagi memerintah negeri itu dahulu.

Ini bertujuan menghalang kerajaan PAS dari menggunakan wang tersebut bagi pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Terengganu sekaligus menghalang kerajaan itu terus memerintah negeri Terengganu.

Pada awalnya Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) mengakui secara lisan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa royalti petroleum dan gas akan terus diberikan kepada kerajaan negeri itu namun ia berlaku sebaliknya.

Kemudian kerajaan pusat memperkenalkan duit royalti itu dengan nama dana Khas yang tiada ketetapan peruntukanya untuk Terengganu, malah menurut satu sumber selain pemberian kepada kerajaan dalam keadaan yang tidak ditetapkan peruntukan untuk perbelanjaan projek kementaerian di Terengganu juga menggunakan peruntukkan tersebut.

Apa pun, terbaru misteri kehilangan RM3 billion dana khas itu untuk Terengganu telah mencelik dan membuka mata seluruh rakyat khususnya Terengganu.

Kalau kita masih ingat, semasa Kerajaan PAS menerima duit royalti sebanyak RM434 juta dulu, maka Umno Terengganu telah memainkan sentimen rakyat Terengganu dengan menaikkan kain rentang dan poster mempertikaikan kemana duit tersebut dibelanjakan, " Masihkah Kau Ingat"?

Kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz dalam Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini mendedahkan bahawa RM7.3 billion telah diberikan kepada kerajaan Terengganu.Kemudian bekas MB Terengganu DS Idris Jusoh menyatakan beliau tidak tahu menahu dengan duit tersebut.Sementara MB Ahmad Said pula mengeluar kenyataan bahawa hasil siasatan beliau dengan pegawai kewangan negeri cuma RM4.3 billion yang diterima untuk diurus oleh Kerajaan Negeri.

Jadi kemanakah RM 3billion tersebut? Dimana intergriti yang dilaung-laungkan, dimana modal insan di bising-bisingkan?

Pegawai-pegawai didedah dengan pelbagai kempen intergriti,namum orang-orang besar lagsung tidak memperdulikan intergriti.

Dalam hal ini Idris Jusoh dan Abdullah Ahmad Badawi mesti membuat sidang bersama bagi menjelaskan kedudukan sebenar duit RM3billion itu.

Atau inilah jawapan sebenar kenapa Abdullah Badawi beriya-iya benar mempertahankan supaya Idris Jusoh terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu, sehingga setiuasaha Umno Terengganu Dato' Rosol Wahid hilang intergriti diri ketika berhadapan dengan tindakan istana.

No comments: