Mari sama-sama kita imbas kembali kenyataan Mat Ezam anak Mat Nor pada 31 Jan 2007 dalam kes perlantikkan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Seri Zulkipli Mat Nor
Sementara itu, Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor yang dihubungi Harakahdaily hari ini mengecam sikap berdiam diri PM tatkala isu ini sedang hangat diperkatakan, dan tindakan itu menimbulkan kecurigaan memandangkan beberapa laporan yang dibuat Gerak terhadap PM dan Tun Mahathir tentang keterlibatan dua pemimpin ini dalam pengagihan kontrak kepada anak menantu masih tidak disiasat oleh Zulkipli.Selindung laporan PM dan anak menantu?"
Gerak dan rakyat berhak mencurigai pelantikan Zulkipli yang dikatakan terbabit dengan beberapa laporan 'skandal' 10 tahun lalu dan terbaru oleh bekas Pegawai Siasatan Gred 45 BPR, Mohammad Ramli Abdul Manan.Kita bimbang jika lantikan ini dikatakan berdasarkan 'saringan', bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR boleh dilantik di kalangan mereka yang bermasalah," katanya lagi.Beliau juga melahirkan rasa curiga samada lantikan ini adalah untuk melindungi kes-kes salah laku pemimpin tinggi negara dan individu berkepentingan dalam negara termasuk anak menantu PM atau sebaliknya.
Baginya, lantikan yang dibuat oleh PM dan bekas PM ini boleh dipertikai malah satu siasatan ke atas tindakan itu boleh dibuat setelah ianya mencurigakan, katanya lagi.Ezam cabar PMSehubungan itu Ezam mencabar PM segera menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat kes-kes salah laku Zulkipli dan kes-kes yang membabitkan laporan rasuah dan kronisme yang dikendalikan Zulkipli termasuk laporan Gerak terhadap PM, dan bekas PM yang didiamkan BPR."Jika PM boleh menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, mengapa tidak dalam kes membabitkan kredibiliti BPR yang kini diragui rakyat dan dunia,"katanya.
Selain itu Gerak juga mendesak PM menggantung sementara khidmat Zulkipli berikutan laporan ini kerana kredibiliti dan intergriti Zulkipli boleh dipertikai berdasarkan laporan terhadapnya, katanya.Begitupun beliau melahirkan kebimbangan isu yang dimainkan media-media arus perdana ini hanya sementara sahaja, sebaliknya kes ini akan didiamkan kemudian apabila kemungkinan kredibiliti PM turut terheret dengan laporan ini nanti.
Akhbar harian hari ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kertas siasatan melibatkan Zulkipli yang dibuka 10 tahun lalu diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara hari ini.Kes salah laku seksMusa berkata, kertas siasatan itu berupa laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan wanita pada Julai 1997 di Balai Polis Cheras.“Dalam laporan polis yang dibuat, wanita berkenaan yang ketika itu berusia 42 tahun mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks.“Polis telah menyoal siasat semua pihak pada waktu itu termasuk pengadu yang mendakwa teman wanita Zulkipli dan beberapa saksi.
Kes itu kemudian dianggap telah selesai,” katanya.Ditanya apa yang dimaksudkan dengan ‘selesai’, Musa berkata: “Itu kena tanya Peguam Negara.“Disebabkan kes itu ditimbulkan semula maka kita telah mengambil dan menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Peguam Negara untuk diteliti.“Saya telah berjumpa dengan Peguam Negara pagi ini di pejabatnya bagi menyerahkan semula kertas siasatan itu untuk kegunaan beliau,” jelas beliau.
Isu mengenai dakwaan itu ditimbulkan Ezam melalui Gerak dalam satu sidang medianya Isnin lalu di pejabatnya di Kelana Jaya.Ezam memetik satu surat yang dihantar Mohammad Ramli yang merujuk kepada kes salah laku seks dan penyelewengan membabitkan Zulkipli yang diserah kepada PM dan Ketua Polis Negara.Zulkipli bekas Pegawai Tinggi Polis Semasa laporan itu dibuat Zulkipli adalah bekas Ketua Polis Johor. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001. Perkhidmatan beliau disambung secara pinjaman sebanyak tiga kali. Tarikh akhirnya di pejabat, difahamkan, ialah pada akhir Mac ini.
Sebelum menjawat jawatan dalam badan itu beliau adalah Ketua Polis Sarawak.Menurut ketua polis negara itu lagi, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara berhubung kes itu.“Terpulanglah kepada Peguam Negara (untuk tindakan seterusnya),” katanya.Mengulas lanjut, Musa memberitahu, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kegiatan rasuah dan jenayah seksual yang dilakukan oleh Zulkipli.Ditanya mengenai dakwaan bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan bahawa Zulkipli memiliki harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dan aktiviti jenayah, Musa berkata, itu merupakan satu tuduhan baru.“Jika ada laporan polis, kita akan siasat. Dalam kes ini, polis perlu meneliti sama ada perlu siasatan baru atau tidak,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment