KUALA TERENGGANU -
(15hb Mei 2008)
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan wang royalti minyak sebanyak RM7.3 bilion yang diberikan kepada Terengganu dari tahun 2004 hingga 2007 bukan diurus atau dikawal kerajaan negeri.
Malah kata Idris, beliau sendiri sebelum ini tidak mengetahui mengenai jumlah sebenar wang royalti Petronas seperti mana dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz dalam Persidangan Dewan Rakyat kelmarin. Dalam persidangan tersebut, Amirsham memberitahu sebanyak RM13.4 bilion wang royalti minyak Petronas diserahkan kepada Kerajaan Pusat manakala RM7.3 bilion diberikan kepada Terengganu manakala Sabah dan Sarawak masing-masing RM1.2 bilion dan RM4.8 bilion.
Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, kerajaan negeri ketika di bawah pimpinannya sebelum ini hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut. "Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri,” ujarnya ketika dihubungi, di sini semalam.
Beliau berkata, kenyataan berkenaan (Amirsham dalam Persidangan Dewan Rakyat) seolah-olah menunjukkan pengurusan wang royalti minyak yang dibayar Petronas berada di bawah kawalan kerajaan negeri Terengganu. Baca lagi
berikut adalah penerangan lanjutan berkaitan dana khas terengganu (dahulunya dikenali sebagai wang ehsan):Wang Ehsan adalah dibawah kawalan Kementerian Kewangan ("MOF"). Kerajaan Negeri tidak ada kawalan diatas perbelanjaan yg dibuat oleh MOF. Kerajaan Negeri juga tidak pernah diberi maklumat jumlah sebenar yang dibelanjakan & jumlah baki yang ada. Sayugia di ingatkan tuntutan supaya Wang Ehsan diserahkan kepada kerajaan negeri masih di mahkamah.
Walaupun 80% bajet kerajaan negeri adalah dari wang ehsan, jumlah sebenar perbelanjaan adalah diluar pengetahuan kerajaan negeri. Oleh yang demikian, kenyataan perbelanjaan wang ehsan berjumlah lebih daripada RM 7.3 Billion yang diumumkan baru-baru ini adalah diluar dari pengetahuan kerajaan negeri.
*Kedudukan Dana khas/ Wang Ehsan ke Bajet Negeri: (perincian angka boleh diperolehi dari Kewangan Negeri) Cukup jelas? Sekiranya tidak, perangkaan boleh diperolehi daripada Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, bukan? Bagaimana ia dibelanjakan? Sepertimana di dalam perbelanjaan negeri? Perangkaan terperinci adalah untuk tatapan umum. Kita yang melantik mereka.

Pasti kerajaan negeri bersedia dengan perangkaannya. Dan sedemikian jugalah bagi kerajaan pusat. Mereka juga seharusnya sudah bersedia dengan perihal perbelanjaan ini secara terperinci. Tanyalah mereka baik mengenai dana khas atau wang ehsan atau wang royalti minyak, mereka semestinya hendaklah sentiasa bersedia untuk memperincikannya.
Lebih baik bertanya daripada menghentam keromo tanpa usul periksa.
Jangan nanti "nak tarik ular lidi, tertarik naga" bak kata sifu M. Nasir di dalam salah sebuah lagunya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita yang melantik mereka. Rakyat adalah "boss"nya, kerajaan hanyalah pesuruh.
Bukankah kerajaan yang dipilih itu adalah "Kerajaan milik rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat" ("Government of the people, by the people and for the people").
Bukankah kerajaan yang dipilih itu adalah "Kerajaan milik rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat" ("Government of the people, by the people and for the people").
petikan : http://lawyer-kampung.blogspot.com/
_____________________________________________________
No comments:
Post a Comment