May 13, 2008

Harapan kepada MB 'Melayu' Terengganu

Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said telah melepasi halangan pertama, apabila selesai Sidang DUN Terengganu tanpa usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Rosol Wahid.Kini beliau boleh meneruskan kerja-kerja mentadbir negeri dengan baki sedikit wang yang masih ada.Rakyat sedang tertunggu-tunggu kemana arah dan halatuju negeri ini nak dibawa.Sebelum ini beliau telah berjanji akan membawa kesejahteraan untuk rakyat Terengganu.Projek-projek yang membazir dan membawa faedah kepada rakyat tidak menjadi keutamaan kepada beliau didalam meneruskan pembangunan negeri ini.Beliau merujuk kepada 2 projek mega yang langsung tidak memberi manafaat kepada rakyat iaitu pembesaran lapangan Terbang sultan Majmud dan projek menambak muara sungai Terengganu untuk laluan kapal( ada ke?)

Walaupun ada setengahnya mendakwa kedua-dua projek tersebut amat perlu untuk masa depan, namum hakikatnya masih ada keperluan lain yang mesti diutamakan untuk rakyat dengan duit sebanyak itu.Bayangkan berjuta-juta duit dibenamkan dimuara Sungai Terengganu itu, untuk apa dan untuk siapa? hanyalah untuk tujuan mengambil duit dana khas persekutuan dengan cara yang halal.
Ada dakwaan Ahmad Said nampak sedikit ketelusan dan dapat menerima pandangan dalam dan luar, pandangan kawan dan lawan tidak di tolak mentah-mentah.Sejauhmana kebenaran dakwaan tersebut belum dapat dipastikan lagi dalam masa yang singkat ini.
MB Ahmad Said adalah orang Melayu, berjiwa melayu dan berjuang untuk parti Melayu.Begitu juga dengan Adun Adun Umno Yang lain semuanya mendakwa berjuang untuk kepentingan melayu.Kecuali Adun Bandar tidak berjuang untuk melayu.
Oleh itu, sebagai pejuang untuk mermatabatkan anak Melayu di bumi Terengganu ini, bertapa sedarkah kita bahawa terlalu ramai anak melayu jati Terengganu yang dizalimi oleh Pemimpin Melayu.
Lihatlah tanah lot sekangkang kera sekadar untuk setapak rumah untuk melindungi hujan dan panas di RTB Belimbing Api, RTB Payung , RTB Bujal,RTB Padang Pulut ( sekadar menyebut beberapa tempat)Dirampas dan rumah di roboh tanpa rasa sedikit simpati pun atas nama melayu.Pejuang Melayu kah kita?pembela Bangsakah kita?pengangkat martabatdan maruah melayukah kita?Melayu rampas tanah orang melayu.Melayu roboh tanah orang melayu.Terengganu bukannya kerajaan MCA atau Gerakan tapi kerajaan Umno BN, tak kanlah wakil Bandar(MCA) boleh mempengaruhi semua Adun Melayu yang lain untuk tujuan rampasan dan cerobohan tanah rakyat Melayu Terenggau.
Kini pula anak-anak melayu yang cermelang dinafikan hak untuk mendapat pinjaman Yayasan, bukanya biasiswapun hanya pinjaman pun anak melayu di Terengganu yang dinafikan hak.Adilkah kita?Jujurkah kita?

Sekarang kita mula membicarakan perpecahan melayu, sebenarnya melayu tidak berpecah tapi Umno yang berpecah,melayu umno berbalas-balas kenyataan sesama sendiri.Bangsa-bangsa lain menilai kekuatan melayu umno sekarang.
Kembali kepada Terengganu hari ini, sebuah harapan diletakkan ke[ada MB Melayu yang baru, kembalikan lah tanah-tanah rakyat yang dirampas, sebagai MB, sebagai Kerajaan sepatut kita berusaha semampu mungkin untuk menolong untuk membantu rakyat negeri kita, bukanya menyusahkan mereka dengan menambahkan lagi penderitaan mereka.
Kepada YB Adun Ajil yang akan meletakkan jawatan bila-bila masa dari sekarang, sebelum berbuat demikian jenguk-jenguk dan lihatlah bertapa masih ramai penyokong YB Dato' yang masih memerlukan bantuan di kg Peneh, Belukar Bukit, Lubuk Periuk, menerung dll(sekadar beberapa kampung).
"PERBUATAN KITA MUNGKIN IKHLAS, NAMUM ADAKAH HATI KITA JUGA IKHLAS SELARI DENGAN PERBUATAN KITA?"
-------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

sham said...

Assalamualaikum,
Perkara yang diperihalkan itu sesungguhnya benar dan tulus belaka.Alangkah pilunya di hati mereka yang insaf dengan kesusahan rakyat melihat betapa pemimpin mereka yang Melayu menzalimi hak rakyat yang memerlukan.
Apalah yang malangnya nasib rakyat yang daif ditindas dan terus diasak dengan kesusahan.Manakala si pemimpin berdegar-degar melaung mengatakan bahawa mereka lah pembela nasib rakyat.
Tidakkah mereka terfikir dan merenungi akan perhitungan dan nasib mereka yang akan dipersoalkan kepertanggungjawaban mereka di hadapan Allah nanti?
Adakah mereka merasakan dengan budi yang sedikit sudah cukup untuk menghapuskan segala nista yang terpalit?
Hidup ini tidak lama dan mati itu pasti,namun sudah cukup bersedia ke diri untuk menempuh perjalanan yang hakiki?ke merasakan masih ada masa untuk beramal serta bertaubat?