Mar 10, 2010

Usaha di Perlis lebih bijak berbanding di Terengganu.

Usaha mengugurkan MB Perlis dilihat lebih tersusun dan terdidik berbanding usaha lintang pukang kumpulan Idris Jusoh untuk menjatuhkan Ahmad Said.

Beritanya:

Prestasi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang hampir dua tahun menerajui pentadbiran Perlis akan dinilai oleh rakyat mulai esok.

Penilaian dilaksanakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Majlis Tindakan Anak Negeri Perlis (Mantap) itu akan melibatkan 10,000 individu termasuk Md. Isa sendiri serta bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dan wakil-wakil rakyat negeri ini.

Pengerusi Mantap, Datuk Hashim Suboh berkata, langkah itu sejajar dengan hasrat Md. Isa yang meminta dinilai oleh rakyat selepas dua tahun memerintah negeri ini.

"Sehubungan itu, kami akan mengedarkan 10,000 borang kaji selidik kepada segenap lapisan rakyat bermula esok," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri ahli jawatankuasa sekretariat Mantap di sini hari ini.

Menurut Hashim, borang yang dinamakan 'Kaji Selidik Prestasi Kepimpinan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md. Isa Sabu' itu merangkumi lapan soalan mengenai Md. Isa.

"Ia merangkumi penampilan dan gaya, kepimpinan, wawasan, tahap keaktifan, aspek berdamping dengan rakyat, aktiviti pembangunan, pembelaan rakyat dan aktiviti kebajikan serta perbezaan antara menteri besar sekarang dan sebelum ini," jelasnya.

Menurut beliau, kaji selidik itu akan dijalankan selama seminggu.

"Hasil kaji selidik itu nanti akan diumumkan kepada rakyat negeri ini dan jika menunjukkan pentadbiran Menteri Besar lemah maka Mantap akan menuntut agar watikah kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim disahkan semula.

"Jika hasil menunjukkan pentadbiran beliau disenangi rakyat maka kita tidak ada sebarang masalah untuk beliau dikekalkan," katanya.

Hashim berkata, pengumuman keputusan kaji selidik itu akan dibuat oleh pihak ketiga minggu depan.

"Malah selepas pengumuman kaji selidik itu, kami akan mengadakan pertemuan dengan rakyat termasuk 15 wakil rakyat untuk mendengar pandangan mereka," katanya.

Dalam pada itu, katanya, penubuhan Sekretariat Mantap adalah sebagai landasan untuk membawa permasalahan rakyat kepada umum supaya mesej sampai kepada pucuk pimpinan negara dan istana yang meletakkan keutamaan kepada rakyat.

"Mantap menjadi jurubicara rakyat negeri ini dalam membawa permasalahan rakyat dan pada masa sama memperbetulkan apa yang salah di negeri ini," katanya.

Selain Hashim, Mantap dianggotai Timbalan Pengerusi, Azihani Ali; Naib Pengerusi 1, Steven Lee; Naib Pengerusi 2, Zahari Bakar; dan Setiausaha, Sabri Ismail.

Hashim berkata, Mantap akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan dengan memberi tumpuan terhadap aktiviti kebajikan.

3 comments:

amdang81 said...

Kita kena minta MAMPAT buat penilaian untuk MB Terengganu... ;)

Anonymous said...

Nama pun hampir sama MAMPAP dan MAMPAT

Anonymous said...

Jangan P****T sudah...buruk sgt bunyinya..........