Senibahri Arkitek, sebuah syarikat perunding yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk mereka bentuk kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) semalam menafikan terlibat dengan reka bentuk bumbung stadium itu yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas.
Pemilik syarikat itu, Raja Kamarul Bahrin Shah mendakwa bahawa pihaknya hanya ditugaskan untuk mereka bentuk struktur bangunan stadium.
Sementara sebuah syarikat dari Korea yang dipilih oleh kontraktor utama ditugaskan untuk mereka bentuk struktur kerangka bumbung stadium.
"Kita hanya bertindak sebagai perunding kerajaan dan tidak terlibat secara langsung dengan reka bentuk terperinci struktur dan pengawasan pembinaan bumbung tersebut. Sepanjang pembinaan bumbung stadium itu, ia diselia dan disiapkan oleh perunding yang dilantik oleh kontraktor utama," katanya pada satu sidang akhbar Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan kertas siasatan mengenai kejadian itu yang didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, di sini.
Beliau berkata, di bawah kontrak dengan kontraktor utama, perunding dan pemborong pakar adalah terlibat dalam reka bentuk yang terperinci bumbung berkenaan.
"Mereka (perunding dan pemborong pakar) adalah dilantik oleh pemborong utama (kontraktor utama) di bawah kontrak untuk mereka bentuk, membina, mengawasi dan menyiapkan sistem bumbung "space frame" dan kerja-kerja berkaitan.
"Sementara kami, dilantik oleh kerajaan negeri dan tidak terlibat dengan reka bentuk terperinci struktur dan juga pengawasan bumbung tersebut," katanya.
Sambil menyambut baik pendedahan Menteri Besar, Raja Kamarul Bahrin berkata bahawa pihaknya telah memberi penjelasan penuh kepada Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berhubung kejadian tersebut.
LAM dan PAM dijangka mengeluarkan kenyataan mereka dalam masa terdekat ini, katanya.
Sementara itu, pemilik Senibahri Arkitek itu memberitahu bahawa sebelum ini pihaknya pernah memberi pandangannya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung ketidaksempurnaan bumbung tersebut yang dikesan sejak dalam proses pembinaan.
"Kami telah menghantar empat surat dengan surat terakhir dihantar ialah pada 19 Februari tahun lepas yang antaranya menyatakan pihak Senibahri Arkitek tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku selepas nasihat yang diberikan tidak dibuat susulan sewajarnya.
"Kita menjangkakan kejadian runtuhan bumbung yang bernilai RM35 juta itu memberi kesan kepada struktur bangunan stadium. Sejauh mana kesan ke atas struktur stadium itu tidak akan diketahui sehingga pemeriksaan dilakukan tetapi kita boleh bayangkan kesannya akibat runtuhan bumbung seberat 2,500 tan itu," katanya.

No comments:
Post a Comment